ANDA SUKA BLOG INI
Friday, December 11, 2009
Antara Qiadi & Jundi
*Nukilan Khairiyah binti Sulong
“hanya orang yang membaca mampu merubah dunia” :- Lord Chesterfield
Mereka berkarisma kerana kuasa hendak membuat keputusan besar bergantung pada mereka. Pemimpin dilihat seorang yang matang sekiranya berjaya membuat keputusan yang bisa tepat. Setiap keputusan memberi kesan besar kepada ahli pimpinannya.
Unsurnya berdasarkan kemahiran massa yang menakjubkan dan efektif- merujuk pada tutur bicara mereka, memberi komentar terhadap apa-apa isu yang timbul, matang dalam memberikan kata putus.
Isu sokongan orang ramai dan keterampilan seorang pemimpin penting.
Sokongan daripada ahli amat penting agar setiap gagasan idea pemimpin dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhlaknya, ibadahnya merupakan sasaran cemerlang para pengikutnya mengambil ketokohannya sebagai asas kepimpinan.
Karisma moden menekankan unsur wawasan dalam gaya kepimpinan seorang pemimpin
Wawasan yang jelas berkenaan bagaimana mereka memandu organisasi mereka bagi jangka masa yang panjang walaupun mereka sudah tidak lagi menjadi pemimpin organisasi itu.
Cerita ringkas penuh pengajaran
“saya ini presiden awak”
A: bukankah saya sudah suruh awak supaya buat seperti ini.
B: benar, tapi ianya tidak munasabah, kami berbincang tadi, jadi macam tulah jadinya.
A: ooo... awak nak kata ianya tidak munasabah, awak tahukah saya ini “Presiden”!
Semua mata tertumpu pada perbualan mereka.
B: bukankah kamu juga kami yang lantik, siapakah yang melantik seseorang itu ketua?
Moral of the story dan muhasabah diri
Ramai yang beranggapan apabila mereka dilantik ke suatu jawatan, mereka secara automatik menjadi pemimpin. Anda boleh menyohorkan jawatan Yang diPertua, Presiden, Pengarah Yang Berhormat dan lain-lain. Itu adalah simbol kepada jawatan, tetapi seseorang belum tentu menjadi pemimpin dengan adanya jawatan-jawatan itu. Kepimpinan terletak di dalam diri seseorang itu. Membina penghormatan dan kepercayaan adalah perkara yang lebih susah untuk dibina.
Ramai yang menggunapakai ucapan Saidina Abu Bakar apabila dipilih menjadi pemimpin, katanya, “aku bukanlah orang yang layak, bahkan ada orang yang lebih layak daripadaku, tetapi kamu memilihku,maka aku akan berusaha melaksanakannya mengikut kemampuanku”- tahukah anda apa maksud ucapan ini dan apakah anda sedar bila menyebutnya?
Jawatan adalah taklifan. Jawatan adalah amanah. Jawatan adalah tarbiyyah. Jawatan bukanlah suatu perkara yang ingin direbut untuk mencari nama dan kedudukan. Sekiranya jawatan itu berupa bobrok sedemikian, maka tidaklah upaya Rasululullah mencipta qudwah terbaik kepada umatnya, Salahuddin Ayubi si anak bangsawan tawadhu’ bersama empayarnya, tidaklah Muhammad Al-Fateh si anak raja menolosori teladan kepada tenteranya menakluk Constantinople, tidaklah Tariq bin Ziyad si hamba suruhan berupaya menakluk Andalusia.
*Penulis ialah Timbalan Bendahari MPP APIUM Nilam Puri sesi 09/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pages
al-Wakt
FOLLOWERS
ABOUT APIUM
- Meja Editor
- NILAM PURI, KOTA BHARU, Malaysia

DARI MEJA EDITOR
Meja Editor apiumnp.blogspot mengalu-alukan kepada pembaca untuk menghantar artikel atau sebarang berita untuk disiarkan di laman ini. Sebarang cadangan, penambahbaikan dan artikel bolehlah dihantar ke mppumnp@gmail.com.
Terima Kasih.
Terima Kasih.
SURAT MENYURAT
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI , 16010 KOTA BHARU ,
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580
MISI APIUM
BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU,BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN , PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.
VISI APIUM
UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.
-APIUM LINK-
DISKUSI INTELEK
TERBAIK
POPULAR POST
-
1) Latar Belakang Program Asasi kursus Pra Akademi Islam Universiti Malayabermula sejak 1981 hasil daripada pengambil alihan Yayasan Penga...
-
LOGO RUKNU BAHASA ARAB تم افتتاح ركن اللغة العربية في أكاديمية الدراسات الإسلامية نيلم فوري وهو عبارة عن مركز خاص لأنشطة لجنة تقوية اللغة...
-
1) Kolej Kediaman Di kampus ini terdapat 2 buah kolej kediaman untuk para pelajar yang menuntut di sini iaitu: a) Kolej Kediaman Al-Gha...
-
ASSALAMUALAIKUM..!! Alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester 3 dan 1 bagi sesi 2011/2012, telah selamat di release kan, pada jam...
-
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam dan A...
LABELS
- Aktiviti (4)
- apium (23)
- Artikel Pilihan (11)
- Dakwah (5)
- JTK (8)
- Majmuah (1)
- Minda Pimpinan (15)
- mpp (8)
- Nasional (3)
- Respon Isu (5)
- Siasah (1)
- Tafakkuh (3)
- Tarbiyyah (1)
Labels
- Aktiviti (4)
- apium (23)
- Artikel Pilihan (11)
- Dakwah (5)
- JTK (8)
- Majmuah (1)
- Minda Pimpinan (15)
- mpp (8)
- Nasional (3)
- Respon Isu (5)
- Siasah (1)
- Tafakkuh (3)
- Tarbiyyah (1)
0 comments:
Post a Comment