SELAMAT DATANG KE BLOG MY APIUM NILAM PURI

ANDA SUKA BLOG INI

Saturday, December 26, 2009

Jemaah Dan Bid'ah

*nukilan Ahmad Zaki bin Haris 
 
Salam kesejahteraan. Semoga naungan hidayah yang dilimpahkan Allah tidak pernah putus dan sentiasa menyirami kalian para sahabat blog. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk berkongsikan sedikit pandangan dan luahan rasa hati.

Tempoh bagi sesebuah perjuangan mengalami kemerosotan sebenarnya tidak akan dapat diukur hanya sekadar pada pandangan lahir semata-mata. Malah andai dilihat dari satu perspektif yang abstrak, mungkin sesebuah perjuangan itu pada awalnya lagi sudah mengalami gangguan lantaran keinginan dan niat yang terpesong dan tidak disalurkan pada landasan yang sebenar. Atau dalam erti kata lain mengesampingkan keutamaan dalam masyarakat islam dan mengutamakan perihal sesebuah entiti yang tidak mempunyai jaminan dalam pengakhiran hidup, walaupun mereka hanya melihat ianya dari perspektif perlembagaan atau undang-undang dunia semata. Seakan undang-undang akhirat tidak akan mereka hadapi dalam beberapa tempoh terdekat ini.

Biarkan kalian tidak memahami tutur bait kata saya ini. Mungkin setelah habis membaca baharulah kalian menyedarinya lantas memahami maksud sebenar.

Setiap individu mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tanpa disedari oleh empunya diri sendiri sebenarnya. Dalam perihal keamanan misalnya, tiada sesiapa pun yang menginginkan keadaan yang kucar-kacir dan haru-biru. Malah seorang manusia akan memukul binatang peliharaan mereka jika ia menumpahkan makanan di lantai. Apakan lagi andai rumah mereka runtuh dihancurkan oleh tentera-tentera kejam yang hanya mengenal dentuman bom dan kerlipan percikan api sahaja.

Demikianlah pancaindera manusia yang saling berantaian antara satu sama lain. Mereka memandang orang yang sengsara dengan pandangan polos sedangkan diri mereka sendiri tidak direlakan untuk diperlakukan sedemikian rupa. Mereka tidak menginginkan perpecahan dan pertelingkahan tetapi lantaran sikap mereka sendiri yang terlalu mementingkan diri sendiri akhirnya mereka terperangkap dalam permainan ilusi mereka itu sendiri. Lantas mengadu permasalah kepada orang lain sedangkan asbabnya berpunca daripada empunya diri.

Baiklah, tidak perlulah kita memanjangkan perbincangan dengan perumpamaan yang berjela. Cukuplah andai hasrat dihati dapat diselami oleh sahabat blog sekalian. Perkara yang harus dipercepat tidak wajar dilengahkan.

Memahami konsep perjuangan islam.

Rata-rata sahabat-sahabat seperjuangan dalam Islam sekalian ternyata punya semangat yang berkobar-kobar dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam sebagai agama sejagat yang dijamin keselamatan dan keberkesanannya dalam pembentukan ummah, masyarakat malah negara sekalipun. Lambakan usaha yang dicetuskan oleh pelbagai jemaah dalam mengadaptasikan unsur yang mulia ini ternyata memberikan satu perkembangan yang baik dalam dunia Islam hari ini. Hal ini secara tidak langsung memberikan semangat kepada masyarakat yang memerhati seterusnya menerima kesannya yang positif, lebih-lebih lagi dalam pembentukan syahsiah yang unggul dan berintegriti.

Usaha-usaha murni yang dipergiat ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya mereka yang mengaku telah mengimani Allah swt sebagai Rab yang Maha Esa dan Muhammad saw sebagai utusan-Nya yang mulia dan terpelihara. Mereka merupakan golongan yang menginginkan tertegaknya islam dimuka bumi Allah ini lantas mengembalikan tampuk kepimpinan khalifah yang telah lama terkubur sejak zaman keruntuhannya yang terlalu menyanyat hati angkara tangan seorang munafiq malah fasiq yang bertopengkan keadilan dan kesejahteraan sejagat di zaman Turki yang penuh dengan nostalgia tragis. Mereka ini jugalah yang mempunyai kesedaran dalam memperjuangkan kemuliaan serta ke’izzahan syariat agama yang telah dimaktubkan dalam al-quran dan dinaqalkan oleh para sahabat dalam himpunan-himpunan hadis yang terkadang dinodai oleh golongan-golongan pendusta yang dengan sengaja mencemarkan sifat siddiq Rasulullah saw dalam menyampaikan wahyu Allah swt kepada sekalian umat manusia yang menantikan suatu keajaiban dalam mengislah tamadun jahiliyyah mereka yang ternyata sesat dan fasad. Ya, mereka inilah generasi yang ditunggu-tunggu. Sebuah gerakan tajdid diperlukan saat perselisihan antara umat semakin berganda dengan peratus yang tinggi berbanding dengan zaman para tabi’in.

Inilah yang dikatakan daruriyyat. Saat ini keperluan dalam berlapang dada dalam menerima segala perkembangan dalam memartabatkan islam dalam masyarakat sangat-sangat dituntut. Persefahaman antara ahli jemaah seharusnya tidak menjadi satu permasalahan yang diperdebatkan kelak natijahnya tidak membawa kepada penghayatan islam yang sebenar malah ranting-ranting yang tumbuh semakin bercabang lantas penghujungnya sekadar menjadi penghalang laluan. Malah ianya memudaratkan yang lain, bimbang hujung rantingnya yang tajam menikam mata mereka yang melalang di perjalanan. Akhirnya buta dalam memilih jalan yang sebenar.

Nah, akhirnya sekalian jemaah buntu dalam kebenaran yang bermain di tanggapan mereka.

Elakkan segala perbincangan yang merugikan.

Memang perkara yang menimbulkan perselisihan merupakan satu perkara yang sangat-sangat menarik untuk dibincangkan. Lantaran asas yang diguna pakai merupakan sesuatu yang subjektif, maka pengolahan dalam mempertahankan pandangan tersebut ternyata sentiasa ada. Dan pengakhirannya pertelingkahan yang berjaya diraih. Perasaan dengki mendengki menjadi bahan bakar dalam memarakkan api keegoan.

Ya, ego tidak boleh dipadam tetapi boleh dikurangkan (memetik kata dari seorang sahabat saya). Andai keegoan menjadi asas perjuangan sesebuah pertubuhan, kelak tidak akan mencapai satu pandangan yang terkehadapan. Tiada sikap keterbukaan dalam menerima pandangan sesuatu pihak, sedangkan matlamat yang dijanakan sama iaitu memartabatkan sunnah, amar ma’ruf nahi mungkar, menolak bid’ah, menghancurkan khurafat dan menjadikan islam sebagai cara hidup yang syumul.

Terkadang saya sendiri hairan. Sibuknya memperkatakan perjuangan sesebuah kelompok dalam memperjuangkan islam yang tidak sama dengan pendekatan yang dilakukan oleh kelompok mereka sebagai bid’ah. Sedangkan mereka tidak sibuk pula mengatakan hukum berhukum dengan sekular sebagai bid’ah. Tidak pula berusaha memperjuangkan hukum hudud yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah saw dalam pentadbiran baginda, padahal jelas lagikan bersuluh ianya merupakan ‘law’ yang digunapakai oleh Rasulullah saw semasa pemerintahan baginda.

Malah yang paling menghairankan, sampaikan ada yang beranggapan bahawa ahli bid’ah itu lebih berdosa berbanding mereka yang lakukan maksiat. Hujah mereka kerana ahli maksiat melakukan dosa tersebut dalam keadaan sedar dan mengetahui bahawa ianya adalah berdosa, sedangkan ahli bid’ah ini melakukan dosa dalam keadaan mereka tidak menyedarinya dan menyangka ianya adalah satu amalan yang diterima Allah, maka mereka akan terus tersesat dalam lamunan mereka tanpa berpijak pada bumi yang nyata.

Ternyata mereka terlepas pandang pada firman Allah swt yang bermaksud :

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.”

Surah An-Nisa’ ayat 17 dan 18.

Bukannya saya berpandangan sebegini kerana memusuhi sesetengah pihak atau mengatakan bahawa hanya pandangan saya sahajalah yang betul dan diterima pakai atau mendapat jaminan oleh Allah swt. Tidak. Malah andai saya berprasangka sedemikian maka saya telah melanggar adab sebagai seorang penuntut ilmu. Tidak mengambil kira pandangan orang lain yang ternyata mempunyai dalil-dalil mereka yang tersendiri.

Cuma mungkin perasaan terkilan menyebabkan terkadang kita perlu juga menyuapkan cili ke dalam mulut seseorang. Semoga dengan kepedasan tersebut dia mampu meneguk air seterusnya mengakui bahawa sepanas-panas air pun mampu menghilangkan kepedasan tersebut, bukan hanya air berbatu kosong sahaja. Malah segala jenis air yang ditambah perisa oren ataupun sirap juga mampu melegakan tekak daripada kepedasan tersebut. Yang penting ianya merupakan air minuman.

Begitu jugalah perjuangan dalam memartabatkan islam. Selama mana ianya kelompok yang mendokong kecintaan terhadap islam dan merindukan zaman kegemilangan islam di zaman Rasulullah saw, maka ianya tetap akan dapat melestarikan hasrat tersebut. Andai terdapat kelompok yang tidak meyakini konsep ini dalam memperjuangkan islam, ternyata mereka terlepas pandang pada firman Allah yang bermaksud :

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..”

Surah Al-Baqarah ayat 214.

Meyakini janji Allah dalam perjuangan.

Indahnya agama Allah, setelah ditimpakan pelbagai ujian, ternyata Dia akan membalasnya dengan satu titik yang sangat-sangat dirindui oleh semua umat manusia di akhir zaman, iaitu kemenangan terhadap kesejahteraan sejagat, yakni agama Islam. Agama yang akan mengembalikan segala keamanan yang telah dirobek oleh kuku-kuku yang berkulat dan menghancurkan segala kejahilan di akhir zaman sehingga akhirnya kekuatan jemaah islam ketika itu sangat tidak terperi kuatnya. Segala yang benar akan terzahir dan segala yang palsu akan tersingkap. Undang-undang manusia sudah tidak boleh menjadi pergantungan lagi. Melainkan hukum Allah yang maha agung, pencipta keajaiban segala kejadian. Takbir bergema, memantul-mantul ke segenap ruang udara. Haiwan-haiwan makin bertambah zikirnya memuji kebesaran Allah 'Azza Wa Jalla. Kegemilangan khilafah yang diimpikan menjadi kenyataan.

Di sanalah berdirinya Imam Mahdi yang dinanti!

*Ahmad Zaki adalah Timb YDP MPP Apium Nilam Puri 09/10 juga aktif dalam bidang penulisan dan mula bertatih ke alam novelis. Untuk mengenali beliau dengan lanjut bolehlah sama-sama berkunjung ke Dunia Baru cetusan beliau.

Friday, December 11, 2009

Antara Qiadi & Jundi



*Nukilan Khairiyah binti Sulong


“hanya orang yang membaca mampu merubah dunia” :- Lord Chesterfield

Mereka berkarisma kerana kuasa hendak membuat keputusan besar bergantung pada mereka. Pemimpin dilihat seorang yang matang sekiranya berjaya membuat keputusan yang bisa tepat. Setiap keputusan memberi kesan besar kepada ahli pimpinannya.

Unsurnya berdasarkan kemahiran massa yang menakjubkan dan efektif- merujuk pada tutur bicara mereka, memberi komentar terhadap apa-apa isu yang timbul, matang dalam memberikan kata putus.

Isu sokongan orang ramai dan keterampilan seorang pemimpin penting.
Sokongan daripada ahli amat penting agar setiap gagasan idea pemimpin dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhlaknya, ibadahnya merupakan sasaran cemerlang para pengikutnya mengambil ketokohannya sebagai asas kepimpinan.

Karisma moden menekankan unsur wawasan dalam gaya kepimpinan seorang pemimpin
Wawasan yang jelas berkenaan bagaimana mereka memandu organisasi mereka bagi jangka masa yang panjang walaupun mereka sudah tidak lagi menjadi pemimpin organisasi itu.


Cerita ringkas penuh pengajaran

“saya ini presiden awak”

A: bukankah saya sudah suruh awak supaya buat seperti ini.

B: benar, tapi ianya tidak munasabah, kami berbincang tadi, jadi macam tulah jadinya.

A: ooo... awak nak kata ianya tidak munasabah, awak tahukah saya ini “Presiden”!

Semua mata tertumpu pada perbualan mereka.

B: bukankah kamu juga kami yang lantik, siapakah yang melantik seseorang itu ketua?

Moral of the story dan muhasabah diri

Ramai yang beranggapan apabila mereka dilantik ke suatu jawatan, mereka secara automatik menjadi pemimpin. Anda boleh menyohorkan jawatan Yang diPertua, Presiden, Pengarah Yang Berhormat dan lain-lain. Itu adalah simbol kepada jawatan, tetapi seseorang belum tentu menjadi pemimpin dengan adanya jawatan-jawatan itu. Kepimpinan terletak di dalam diri seseorang itu. Membina penghormatan dan kepercayaan adalah perkara yang lebih susah untuk dibina.

Ramai yang menggunapakai ucapan Saidina Abu Bakar apabila dipilih menjadi pemimpin, katanya, “aku bukanlah orang yang layak, bahkan ada orang yang lebih layak daripadaku, tetapi kamu memilihku,maka aku akan berusaha melaksanakannya mengikut kemampuanku”- tahukah anda apa maksud ucapan ini dan apakah anda sedar bila menyebutnya?

Jawatan adalah taklifan. Jawatan adalah amanah. Jawatan adalah tarbiyyah. Jawatan bukanlah suatu perkara yang ingin direbut untuk mencari nama dan kedudukan. Sekiranya jawatan itu berupa bobrok sedemikian, maka tidaklah upaya Rasululullah mencipta qudwah terbaik kepada umatnya, Salahuddin Ayubi si anak bangsawan tawadhu’ bersama empayarnya, tidaklah Muhammad Al-Fateh si anak raja menolosori teladan kepada tenteranya menakluk Constantinople, tidaklah Tariq bin Ziyad si hamba suruhan berupaya menakluk Andalusia.



*Penulis ialah Timbalan Bendahari MPP APIUM Nilam Puri sesi 09/10

Tuesday, October 6, 2009

Budaya Ilmu vs Budaya Peperiksaan


 *nukilan Hayati Hussin


Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.







Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.
Menurut beliau :

"Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan."




Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan (spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.



Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda.Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan, mengejar sijil, diploma atau ijazah, atau memperoleh gred, markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.


Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.


Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan :
‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.

Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan, memiliki tabiat membaca, menulis, berdiskusi, menyelidik dan sebagainya.



Realiti kampus universiti masa kini




Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan, kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak. Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.

Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’

Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa –


*Dapatkan banyak lagi maklumat dan hasil nukilan penulis di CUMIT PRODUCTION

Monday, October 5, 2009

Ikhtilat : Jumudnya Kita

*nukilan Nur Adilah Amirudin 


Garis panduan hubungan antara lelaki dan perempuan
a-Pengiktirafan Allah terhadap kehendak manusia

زيّن للناس حب الشّهوت من النسآء والبين والقنطير المقنطرة من الذهب والفضّة والخيل المسوّمة
 والأنعم والحرث ذلك متع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"              (Ali Imran : 14) 

Islam mengiktiraf kehendak manusia dan tidak menghalangnya, Cuma perlu disalurkan ke jalan yang betul dan tidak melampau-lampau demi kemaslahatan masyarakat.

b- Suruhan menjaga pandangan dari perkara yang haram
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka….”                   (An-Nur: 30-31)

Ayat ini mengaitkan pandangan mata dengan menjaga kemaluan, menunjukkan betapa pandangan mata adalah punca yang boleh membawa kepada zina maka ia perlu dijaga. Firman Allah mafhumNya:
“dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”              (al-Isra’:32)                                                                 

c- Larangan melakukan perkara-perkara yang membawa kepada zina
Lafaz 'jangan menghampiri' (bukan jangan lakukan) dalam firman Allah di atas menunjukkan bukan sahaja zina itu haram, bahkan segala perkara yang boleh membawa kepada zina juga adalah haram. Ini dikuatkan dengan Sabda Rasulullah saw:

... العينان زناهما النظر ، والأذنان زناهما الاستماع ، واللسان زناه الكلام ، واليد زناها البطش والرجل زناها الخطا ،
 والقلب يهوى ويتمنى ، يصدق ذلك الفرج أو يكذبه [متفق عليه[

(…Zina bagi kedua mata adalah pandangan, bagi kedua telinga adalah pendengaran, bagi lidah adalah percakapan, bagi tangan adalah tindakan (kea rah zina), bagi kaki adalah langkah (ke tempat zina) dan (zina bagi) hati adalah dengan berkeinginan syahwat dan berkhayal, kesemua ini boleh jadi disusuli dengan zina pada kemaluan atau pun tidak.)                                                             (Hadith Muttafaqun 'Alaih)

d- Apa yang dilakukan jika terlihat wajah wanita?
وعن جرير بن عبدالله قال: { سألت رسول الله صلى عليه وسلم عن نظرة الفجاءة فأمرني
أن أصرف بصري } [رواه مسلم].
 وعند أبي داود أنه قال له. { اصرف بصرك {.

“Daripada Jabir bin Abdullah ra. Berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah saw mengenai pandangan terhadap wanita secara mengejut (tidak sengaja), maka baginda saw menyuruh aku supaya memalingkan pandanganku (HR Muslim) dalam riwayat Abu Dawud, Rasulullah saw berkata kepada Jarir ra. : "Palingkanlah pandanganmu".”
As-syeikh Ibn 'Uthaimin rh dalam Syarah Riyadus-Solihinnya menjelaskan: "Asal hukum memandang kepada perempuan yang bukan mahram dalam keadaan tidak ada keperluan yang syarii adalah haram, melainkan jika tidak sengaja maka dimaafkan. (dengan syarat hendaklah dia memalingkan pandangannya dengan segera seperti dalam hadith di atas)
Bagi perempuan pula, tidaklah haram memandang lelaki sekalipun yang bukan mahram selagi mana tidak merasa seronok melihat lelaki tersebut atau menimbulkan syahwat."       (Syarh Hadith ke 1625)                                           
Jika terlihat pun disuruh memalingkan pandangan, bagaimana pula jika sengaja melihat?

e-Larangan melunakkan suara bagi wanita
“ Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan)”          (Al-Ahzab:32)
Dr. Wahbah az-Zuhaili menjelaskan dalam Tafsir al-Munir bahawa semua perintah yang diturunkan kepada para Isteri Nabi ra adalah juga merupakan perintah terhadap semua mukminat.

f- Pandangan Islam terhadap muzahamah (bersesak-sesak) sesama bukan mahram
قال رسول الله (ص): "لأن يحزم رجل خنزيرا متلطخا بطين او حمأة , خير له من أن يحزم منكبه منكب امرأة لا تحل له"
Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya adalah lebih baik bagi seorang lelaki bersesak-sesak dengan babi yang berlumpur daripada bersesak-sesak dengan perempuan yang tidak halal baginya."                   (HR At-Tabrani)

g- Berdua-duaan
قال رسول الله (ص): "لا يخلونّ أحدكم مع امرأة الا مع ذي محرم"  – متفق عليه-
Sabda Rasulullah saw: "Janganlah kamu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan dengan adanya mahram."                                   (Hadith Muttafaqun 'Alaih)
                                                                                      
Sekadar untuk renungan bersama adakah benar-benar kita mengamalkan ikhtilat dengan sepenuhnya sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran atau kita adalah sebahagian dari golongan yang dimurka oleh Allah iaitu golongan yang mengamalkan sebahagian dari perintahNya dan meninggalkan sebahagianNya?Renung-renungkanlah.



*Penulis adalah Timb. Pengerusi JKP Sukan & Rekreasi JTK APIUM NP 09/10. Penuntut tahun dua Asasi Usuluddin.

Sunday, October 4, 2009

INFLUENZA A, GEMPA BUMI : PERINGATAN BUAT YANG LALAI DAN ALPA!

*Nukilan Norhayati Mohd Husin


Belum habis kita dikejutkan dengan wabak selsema babi atau lebih dikenali sebagai INFLUENZA A, kini DUNIA ASIA GEMPAR dengan kejadian GEMPA BUMI yang berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.

Pun begitu, tiada kematian baru akibat influenza A (H1N1) didaftarkansejak 19 September lepas dengan angka kematian kekal 77 orang, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Beliau berkata, bagaimanapun 147 pesakit baru gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital hari ini menjadikan jumlah semasa kes ILI yang dirawat di seluruh negara kini menjangkau 890 orang, iaitu di 82 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta. 
-30 SEPT 2009, BERNAMA

Sebaliknya pula yang berlaku di Padang, Indonesia : “Hampir 80 peratus rumah di kawasan kampung Sungai Geringgil musnah disebabkan gempa bumi yang sangat kuat, sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh. Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh. Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang. Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.

Apapun kita harus kembali kepada yang mencipta ribut itu, dialah jugayang mencipta kita. Gerun hati saya apabila terbaca beberapa artikel keluhan mengatakan “Kalaulah ALLAH sayang kita, kenapa dia turunkan selsema Babi, kenapa ALLAH turunkan gempa bumi kepada kita!”

Beginilah para sahabat, sebagai orang islam, kita masih ada senjata!Iaitu doa! Jangan lupa gunakan senjata kita Selain daripada langkah berjaga-jaga. Carilah waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa moga Allah selamatkan kita daripada semua ini.

Kita renungkan sabda Rasullullah S.A.W :

" Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu"
Hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.

Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata :

"Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka"
Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

Firman ALLAH lagi :

“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat” (Surah ar-Rum : ayat 41.)

Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 :

"seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.

Wallahualam.





*penulis merupakan Timb. Pengerusi JKP Kenegaraan, Etika & Rohani JTK APIUM Kolej Nilam Puri 09/10. Penuntut tahun dua APIUM NP dan menganbil jurusan  asasi Pend. Islam. Pakar dan meminati bidang multimedia dan perkomputeran. Juga terkenal dengan Prof HH dan aktif bersama blognya, mahasiswa marketable.

Sunday, September 20, 2009

Perutusan Eidul Fitri YDP

Assalamualaikum dan Salam Syawal.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Alhamdulillah. Kesyukuran yang tiada batas sempadan kita rafa'kan pada Rabbul Jalil, tuhan yang mengurniakan Ramadhan dan Syawal. Syukur kerana direzekikan menghabiskan tamrin Ramadhan dan anugerah Syawal.

RAMADHAN PUSAT RAWATAN

Ramadhan persis hospital atau pusat perubatan. Seluruh hamba-Nya diwajibkan menjalani pelbagai rawatan dan terapi bagi memulihkan segala penyakit kehambaan. Setelah 30 hari kita berada dalam tahanan wad Ramadhan, adakah kita semakin sembuh? Atau umpama penyakit diabetes yang terpaksa dipoting kaki? Atau semakin nazak iman kita? Jawapannya melalui bukti istiqomah kita terhadap sujud dan tahajjud Ramadhan. Harapnya terapi Ramadhan bisa mensufikan hati kita serta memberi nafas baru buat iman kita.

TANGISAN RAMADHAN DAN KEMENANGAN SYAWAL

".......dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu , supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah:185)

Menjadi kebiasaan bagi kita bergembira tika menyambut Eidulfitri. Dan kebanyakan kita menjadikan hari raya sebagai adat. Bukannya ibadah mahupun sunnah. Sambutlah kehadiran Syawal dengan kita menangisi terlebih dahulu pemergian Ramadhan. Moga-moga keputusan terapi Ramadhan mencapai visi utama "agar kamu bertaaqwa".

Usahlah sambutan kita bak menyambut wira yang baru dibelenggu. Jangan sesekali kita termasuk dari golongan yang yang berpesta dengam pembebasan banduan syaitan dan sekutunya.

SELAMATKAN HARI RAYA

Sambutlah lebaran dengan takbir, tahmid dan zikir-zikir pujian pada-Nya. Sambutlah seperti Rasulullah dan para mu'min menyambut kemenangan Badar. Ribuan kemaafan dari saya dan seluruh pimpinan kepada semua pensyarah dan semua warga Apium.

Salam dunia, salam semua, salam hari raya.



كل عام وانتم بخير

تقبل الله منا ومنكم



Pejuang Berjiwa Hamba;
Syis Abdul Kadir
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya
Nilam Puri
http://oasislam.blogspot.com/

Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA



Assalamualaikum dan salam lebaran.
InsyaAllah seluruh umat Islam akan menyambut 1 Syawal, hari kemenangan. Kami dari Meja Editor apiumnp.blogspot mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca dan disini disertakan beberapa ucapan dan nukilan dari pimpinan pelajar Apium Nilam Puri yang sempat ditemuramah.

"salam 1 Malaysia for all, selamat hari raya, maaf salah silap"
      -Mior Hafiz, Exco Kerohanian & Kepimpinan MPP


"Seputih hati sebersih nurani,
sesusun jari menyuci diri
 semoga ikatan terus bersemi,
salam aidilfitri tulus dari hati....Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin" 
   -Maryam Abd Rashid, Timb. Exco Kebajikan MPP


"Wahai sahabatku, dikejauhan ini ingin ku sisipkan jutaan keampunan padamu agar persahabatan kita sentiasa jernih dan tenang selalu dan shabatku, sesungguhnya aidilfitri ini membuat aku kembali mengingati memori indah kita bersama,suka dan duka telah kita harungi pahit dan manis telah kita tempuhi, kita lalui semua itu dengan kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Dikaulah sebenarnya sahabatku yang awal dan akhir, sahabat yang sejati. Moga aidilfitri yang mulia ini mengakrabkan lagi ikatan persahabatan kita yang suci ini. Selamat Hari Raya."
  -Nurhafiza Yusof, Timb. Exco Penerangan & Perhubungan Luar MPP


"Salam Aidilfitri buat semua warga Apium NP tak kira di mana sahaja anda berada. p/s: jangan main mercun, nanti tak dapat jawab exam" -Muhammad bin Zaiunudin, Exco Penerbitan & Multimedia MPP


"hali laya sula mali,
baju laya satu loli,
 satu tawun satu kali,
wa mikin manyak silap wa vely soli...Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir Batin"
    -Muhd Abdul Rashid, Bendahari Agung MPP


"Salam kesyukuran Syawal buat seluruh ummat Islam, terutamanya warga APIUM tercinta. Semoga keriangan di bulan Syawal ini tidak mengalpakan kita tentang-Nya. Maaf Zahir Batin. Salam Aidilfitri" -Nur Adilah Amiruddin, Timb. Pengerusi JKP Sukan & Rekreasi JTK


"Bunga melati di Tanjung Karang,
Hujung laman disairami suria,
 Kiriman hati dari seberang,
Tanda ingatan di hari mulia.


 Tumbuh meranti di tepi peti,
Bertenggek kenari di perdu seroja,
 Mohon mengerti pintaan hati,
Keampunan diri ikhlas dipinta.


 Tumbuh delima tegak pualam,
Melur bersepah di pinggiran nisan,
 Sengketa lama usah dipendam,
Dendam pemusnah ikatan hati.


 Buah berangan berapit delima,
Tumbuh sekaya pohon selasih,
Salam lebaran buat semua,
Moga bahagia di hari mulia. Selamat Hari Raya." -Noor Hidayah Nohd Khalek, Timb. Bendahari JTK


"Ramadhan..
Kembali mu setahun sekali,
Rahsia milik mu dicari-cari,
Lailatul Qadar mu dinanti-nanti,
Kini kau semakin jauh pergi,
Meninggalkan kesan di sanubari,
Pemergianmu pasti ditangisi,
Pun begitu,
Aidilfitri pengubat hati,
Apakah masih ada KESEMPATAN LAGI??" -Asma Anuar, Timb. Setiausaha JTK


"ana mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan kalian di bulan Ramadhan, moga kalian terus istiqomah persis bulan Ramadhan, ana juga mengucapkan selamat hari  raya, maaf semuanya." -Meor Farid Asyradi, Pengerusi JKP Sukan & Rekreasi JTK


"Sebening air wudhui sesuci al-Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat lima waktu, setenang hati yang tiada dendam dan benci,andai tanganku tidak sempat berjabat, jika muka tidak sempat bertatap, bukalah pintu kemaafan untukku, SALAM RAMADHAN MUBARAK. semoga dilimpahi rahmat dan hidayah Allah. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"
-aku hamba aku khalifah, Siti Faridah Ahmad, TYDP MPP


"Salam keberkatan syawal untuk seluruh umat Islam khususnya warga Apium, pensyarah-pensyarah, aktivis mahasiswa dan adik-beradik mahasiswa seperjuangan. Moga ketibaan Syawal ini disambut dengan tangisan Ramadhan. minal eidi wal fa'ezin. Maaf zahir batin."
-Pejuang Berjiwa Hamba, Syis Abdul Kadir, YDP MPP


SALAM AIDILFITRI 
DARI MEJA EDITOR apiumnp.blogspot 
MAAF ZAHIR BATIN
 

Friday, September 18, 2009

PEREMPUAN : BELAJAR TINGGI-TINGGI AKHIRNYA KE DAPUR JUGA, RUGI DAN BUANG MASA~


Nukilan Hayati Hussin.

Salam Satu Syawal, Salam  mengejar Lailatul Qadr..
Perempuan belajar tinggi2 akhirnya kedapur juga, rugi dan buang masa~
 Posting saya kali ni sebenarnya related dgn experience ketika baru sahaja sampai ke tanah air ku, juga berkaitan dengan beberapa celoteh yang agak menarik perhatian saya daripada apids group dalam sembang saintis mereka di UM adec-elearning. God bless them. Nmpak sungguh mereka memartabatkan islam itu dengan ilmu.
Nak berkongsi pengalaman sikit.
Beberapa hari telah jejakkan kaki ke tanah air ni. Tiada perubahan sangat. Cuma adalah beberapa bangunan yang bertukar warna, ada juga beberapa pembangunan sedang dijalankan, dan ada juga yang masih terbgkalai tak siap-siap semenjak saya pergi ke Nilam Puri Kelantan sehinggalah saya kembali semula untuk berhari raya ni.
 Hari raya tahun ni bermakna sekalifirst time balik raya setelah bermastautin di Kelantan selama lebih kurang 3 tahun dan kbetulan adik saya yang belajar di UDM dan Gombak Selangor turut Berjaya membujuk mama papa untuk belikan mereka tiket balik raya.. he he..
OK, nak dijadikan cerita suatu hari saya menziarahi Saudara SeIslam..Lama tidak berbual dan berceloteh bersama mereka.. lalu saya meringankan punggung dan melepakkan diri. Saling brtnya khbar dan cerita punya cerita. BErkongsi pengalaman dan sebagainya. mereka mengajukan soalan kepada saya. Lebih kurang begini diskusinya.
Saudara Seislam : “Siney kitak studi kinek tuk?” :
    (Sekarang awak blajar di mana?)
Saya                       : “Kamek studi d Kelantan.. APIUM Nilam puri” 
 (Saya belajar di Kelantan, APIUM NILAM PURI)
Saudara Seislam : “Kitak ngmbik bidang apa si ya?” :
 [Awak ambil bidang apa kat situ]
Saya                      : “Islamic studies & Arabic languages”
Saudara Seislam : “Brpak lamak gik kah ktk studi?
[berapa lama lagi nak studi?]
Saya                      : “Lamak juak lah.. lebih kurang 4 thun cam ya kamek abis studi, kenak?”
                                  [Lama juga, lebih kurang 4 thn mcm tu lah saya habis studi.. kanapa?] 
Saudara Seislam  : Aih.. lamak bena juak kitak studi, kedak bidang kdktoran, kedak org ngmbik Master PHD   ada juak....
(ai.. lama betul kau studi.. macam ambik bidang kdokotoran, macam orang ambil master phd jugak)
Saya                       : Sik ada lama gilak sbnanya.. Gpun kamek sik kisah juak.. kebtulan kamek minat bidang agama, sik hal lah mun nya lamak ka sik..
(x ada la lama sangat, lagipun saya tak kisah, kebetulan saya minat bidang agama, tak pe lah lama ke tak, huhu)
Saudara Seislam  : Sik ada lah, bukan apa.. lama bena ktk ngabis masa utk studi ajak, sik ada ko belaki kelak.. gpun mpuan tuk, mun nya studi tinggi-tinggi pun, kedapur juak tujunya.. RUGI N BUANG MASA he he..
(tak ada lah.. bukan apa, lama giler kau habiskan masa untuk studi je, nanti tak bersuami buatnye, lagipun perempuan ni, kalau studi tinggi-tinggi pun, ke dapur jugak akhirnya RUGI DAN BUANG MASA.. he he)
Saya terdiam dan tersenyum.. mencari2 ayat-ayat cinta yang smpurna.. agar diri saya dapat dibela.. disamping jawapan yang menjaga hati mereka serta memuaskan hati masing-masing.
Saya       : Ceh, alu mikey pasal laki indah.. kmk agik muda.. haha.. sik da lah.. sbnanya mun bagi kamek, sik ada mslah sbenanya mun kita blaja lama ka sik, ada certificate ka sik.. mmglah mpuan akhirnya ke dapur juak tujunya.. Apalah salahnya mun kita blaja, ilmu bah.. gpun, mun kita ke dapur pun, sik bermaksud kita stop studi.. n keja dapur ajak.. studi kan ada dcney2. Bagi kameklah, studi tuk bkn dituju kpd mbiak yg ada di sekolah jak, di univsiti jak, di dapur pun bleh dinamakan studi juak.. studi dimana2.. syapa2 saja.. kan ilmu ALLAH tuk luas..
                (Ceh, pikir pasal suami pulak, aku kan masih muda.. haha, tak ada la.. sebenarnya kalau bagi aku, tak ada masalah sabenarnya kalua kita belajar lama atau tak, ada certificate atau tak, memanglah perempuan akhirnya ke dapur jugak, apa la salahnya kalau kita blajar, ilmu kan.. lagipun kalau kita ke dapur pun, tak bermaksud kita stop studi, dan kerja dapur je memanjang, studi kan ada dimna-mana. Bagi aku lah, studi ni bukan untuk orang yang pergi sekolah je, di universiti je, di dapur pun boleh studi jugak, studi dimana-mana dan sesiapa je. Kan ilmu ALLAH ni luas.
Saudara Seislam  : Ai.. alim juak kitak tuk.. beceramah indah.. sik ada la.. nang sik salah juak.. blajalah kitak bait2…tapi plaja U tuk.. Slalu ngabis duit nak? Byk makei duit bah.. mok byr yuran la apa lah eish…
(Ai.. alim pulak kau ne, berceramah la pulak.. tak ada la.. memang tak salah pun, kau belajarlah elok-elok. tapikan pelajar U ni.. selalu habiskan duit kan? Byk pakai duit… nk byr yuran lah apa lah.. eish..)

PIYUNG – PIYUNG.. TIBA-TIBA SAUDARA SAYA MASUK TOPIK LAIN. SO WE STOP THE CONVERSATION HERE. Diskusi kami tentang Perempuan belajar tinggi akhirnya kedapur jugak, rugi dan buang masa itu hanya setakat tu sahaja.. hehe..
Jadi, sebenarnya masih ramai lagi masyarakat yg mempunyai stigma atau persepsi sedemikian. Bagi saya secara peribadi, pandangan tu tidak salah. Cuma betulkan sikit je. Memang betul perempuan blajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur, tapi tak rugi  dan buang masa pun.. Wslm..

Norhayati binti Muhammad Hussien
Timb. Pengerusi
JKP Kenegaraan, Etika & Keohanian,
Jawatankuasa Tindakan Kolej 09/10,
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya Nilam Puri.

Wednesday, September 16, 2009

Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan


Pendahuluan
Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan  semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.
Membangun sambil meroboh?
Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.
Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.
Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.
Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?
 Budaya ilmu VS budaya peperiksaan
Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka  dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.
Menurut beliau,

"Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan."

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang  kritikan yang pernah dibuat oleh  Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya  menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.
Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk  lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.
Sistem pendidikan  yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau  budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.
Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali  pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.
 Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.
Realiti kampus universiti masa kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi  mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti..


 
Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata. Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa..




Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh


Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,



"Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa "

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.


Memperkasa tradisi intelektual anak muda
Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara  sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.
Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong  mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.
Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
Budaya membaca karya-karya besar  itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang  ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui  kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.
Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.
Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.
Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.
Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.
Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu
 Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.
Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang  mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajah  pemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau  dengan kaca yang disangka emas belian lantas  bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina  bahasa ibunda sendiri.
Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.
Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi,  jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.
Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!
Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.
Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara  asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu  bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu  lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!
Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi  mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh  pejuang-pejuang Bahasa Melayu.
Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!
Semoga rakyat Malaysia  terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!
 Penutup
Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.


Oleh
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad
Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)


*Dibentangkan pada Konvensyen Transfprmasi Malaysia 13 September 2009 anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)



Newer Posts Older Posts Home

Pages

al-Wakt

FOLLOWERS

ABOUT APIUM

My Photo
NILAM PURI, KOTA BHARU, Malaysia

DARI MEJA EDITOR

Meja Editor apiumnp.blogspot mengalu-alukan kepada pembaca untuk menghantar artikel atau sebarang berita untuk disiarkan di laman ini. Sebarang cadangan, penambahbaikan dan artikel bolehlah dihantar ke mppumnp@gmail.com.

Terima Kasih.

SURAT MENYURAT

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI , 16010 KOTA BHARU ,
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580

MISI APIUM

BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU,BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN , PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.

VISI APIUM

UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.

DISKUSI INTELEK

POPULAR POST

 

LABELS

PENGUNJUNG

Labels

 

Another Templates

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger