SELAMAT DATANG KE BLOG MY APIUM NILAM PURI

ANDA SUKA BLOG INI

Sunday, April 10, 2011

APIUM : PROGRAM ASASI PENGAJIAN ISLAM

1) Latar Belakang Program Asasi

 kursus Pra Akademi Islam Universiti Malayabermula sejak 1981 hasil daripada pengambil alihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) oleh Universiti Malaya. Kursus Pra Akademi Islam ini adalah sebagai sumber utama kemasukan ke Fakulti Syariah , Usuluddin , dan Pendidikan Islam.

Bermula sesi 1999/2000, struktur Pra Akademi Islam ini ditukar kepada program Integrasi dimana pelajar ditawarkan kepada program ijazah pertama dalam bidang Syariah , Usuluddin , dan Pendidikan islam dengan tempoh pengajian minima 9 semester dan mulai 2001/2002 , satu program baru diperkenalkan , iaitu program Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains.

Kemudian, bermula sesi 2003/2004 , Program Integrasi APIUM , sekali lagi diubah kepada program ASASI yang menawarkan Program Asasi Syariah , Asasi Usuluddin , Asasi Pendidikan Islam , dan Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS). Program Asasi ini merupakan program persediaan bagi pelajar sebelum melanjutkan pengajian di APIUM KUALA LUMPUR.

2) Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian pada peringkat Asasi adalah selama 4 semester di mana pelajar Asasi Pendidikan Islam , Syariah ,  dan Usuluddin akan mengambil purata 15/16 jam kredit pada setiap semester. Manakala pelajar Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS) , akan mengambil purata 18/22 jam kredit bagi setiap semester . Semua pengajian akan dijalankan di kampus Nilam Puri,Kelantan kecuali bagi Program Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS),yang akan dilaksanakan di kampus Nilam Puri selama 2 semester dan baki 2 semester akan dijalankan di kampus induk UMKL..



12 comments:

Anonymous

salam,nk tanya..untuk program ni....selepas tamat asasi,adakah kena mohon online seperti isi permohonan upu yang lain untuk naik ke peringkat ijazah sarjana muda..seperti beli no pin dan sebagainya?

Unknown

Assalamualaikum maaf saya nk tanye,sy trtrik utk msuk asasi um sbb die ada twarkan program asasi ni; Asasi Pendidikan Islam-KOD M070, Asasi syariah-KOD M0701 & Asasi usuluddin-KOD M0702
Tapi saya tidak jumpa program asasi tersebut di laman upu masa isi borang cume jmpe ASASI PENGAJIAN ISLAM#-KOD M0711.

Mohon penjelasan adakah program M0711 ASASI PENGAJIAN ISLAM# ini termasuk dalam asasi-asasi yang tersebut(assi syariah,usuluddin & p.islam)?

Unknown

Kalau sebelum ni,asasi tempohnya 4 sem(2 thun)n ada la asasi yg disebut di atas,tapi start dua tahun lepas,dia buat 3 sem je(dua sem biasa n satu sem khas) satu tahun dan hanya ada asasi pengajian islam(M0711) je..sebab tu dlm upu yg tu je ada..jadi kalau nak apply ijazah nanti baru boleh pilih nak ke syariah@ usuluddin@ p.islam..harap penjelasan simple ni membantu.

Unknown

A.kum Anak saya telah mendapat 6A2B3C, mata pelajaran C ialah BI, mathematik Tambahan dan Kimia, ia juga telah hafaz quran 30 juzuk dan mumtaz dalam peperiksaan senawi . Apakah ia mempunyai peluang utk asasi pengajian islam dan sains kerana ia cermelang tinggi dalam mata pelajaran B.Arab tinggi, Syariah dan Quran Sunah. Kalau di takdirkan permohonannya gagal ia boleh merayu dengan kelebihan menghafal 30 juzuk quran dan peperiksaan cemerlang dalam senawi.

Unknown

Kampus untuk asasi pengajian islam ni kat mane ye admin ?

puan zuna

Kampus asasi Islan di Nilam Puri, Kelantan

puan zuna

Kampus asasi Islan di Nilam Puri, Kelantan

Unknown

Assalam..bleh sy tau kt nilam puri ada tak program master

Unknown

Assalam..bleh sy tau kt nilam puri ada tak program master

zul

SALAM . SAYA NAK TANYA DI NILAM PURI ADA TAK PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM. BILA KEMASUKAN DAN SYARAT

Anonymous

Assalamualaikum, saya nk tanya kalau nk buat permohonan untuk pengajian islam, subjek apa yg perlu ada/wajib diambil kira?

Maisaqah

Salam , nak tanya , asasi pengajian islam kena pinjam ptptn tak ?

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Pages

al-Wakt

FOLLOWERS

ABOUT APIUM

My Photo
NILAM PURI, KOTA BHARU, Malaysia

DARI MEJA EDITOR

Meja Editor apiumnp.blogspot mengalu-alukan kepada pembaca untuk menghantar artikel atau sebarang berita untuk disiarkan di laman ini. Sebarang cadangan, penambahbaikan dan artikel bolehlah dihantar ke mppumnp@gmail.com.

Terima Kasih.

SURAT MENYURAT

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI , 16010 KOTA BHARU ,
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580

MISI APIUM

BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU,BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN , PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.

VISI APIUM

UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.

DISKUSI INTELEK

POPULAR POST

 

LABELS

PENGUNJUNG

Labels

 

Another Templates

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger