*Nukilan Norhayati Mohd Husin
Belum habis kita dikejutkan dengan wabak selsema babi atau lebih dikenali sebagai INFLUENZA A, kini DUNIA ASIA GEMPAR dengan kejadian GEMPA BUMI yang berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.
Pun begitu, tiada kematian baru akibat influenza A (H1N1) didaftarkansejak 19 September lepas dengan angka kematian kekal 77 orang, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Beliau berkata, bagaimanapun 147 pesakit baru gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital hari ini menjadikan jumlah semasa kes ILI yang dirawat di seluruh negara kini menjangkau 890 orang, iaitu di 82 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.
-30 SEPT 2009, BERNAMA
Sebaliknya pula yang berlaku di Padang, Indonesia : “Hampir 80 peratus rumah di kawasan kampung Sungai Geringgil musnah disebabkan gempa bumi yang sangat kuat, sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh. Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh. Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang. Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.
Apapun kita harus kembali kepada yang mencipta ribut itu, dialah jugayang mencipta kita. Gerun hati saya apabila terbaca beberapa artikel keluhan mengatakan “Kalaulah ALLAH sayang kita, kenapa dia turunkan selsema Babi, kenapa ALLAH turunkan gempa bumi kepada kita!”
Beginilah para sahabat, sebagai orang islam, kita masih ada senjata!Iaitu doa! Jangan lupa gunakan senjata kita Selain daripada langkah berjaga-jaga. Carilah waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa moga Allah selamatkan kita daripada semua ini.
Kita renungkan sabda Rasullullah S.A.W :
" Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu"
Hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.
Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata :
"Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka"
Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).
Firman ALLAH lagi :
“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat” (Surah ar-Rum : ayat 41.)
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 :
"seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.
Wallahualam.
*penulis merupakan Timb. Pengerusi JKP Kenegaraan, Etika & Rohani JTK APIUM Kolej Nilam Puri 09/10. Penuntut tahun dua APIUM NP dan menganbil jurusan asasi Pend. Islam. Pakar dan meminati bidang multimedia dan perkomputeran. Juga terkenal dengan Prof HH dan aktif bersama blognya, mahasiswa marketable.
ANDA SUKA BLOG INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pages
al-Wakt
FOLLOWERS
ABOUT APIUM
- Meja Editor
- NILAM PURI, KOTA BHARU, Malaysia
DARI MEJA EDITOR
Meja Editor apiumnp.blogspot mengalu-alukan kepada pembaca untuk menghantar artikel atau sebarang berita untuk disiarkan di laman ini. Sebarang cadangan, penambahbaikan dan artikel bolehlah dihantar ke mppumnp@gmail.com.
Terima Kasih.
Terima Kasih.
SURAT MENYURAT
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI , 16010 KOTA BHARU ,
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580
MISI APIUM
BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU,BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN , PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.
VISI APIUM
UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.
-APIUM LINK-
DISKUSI INTELEK
TERBAIK
POPULAR POST
-
1) Latar Belakang Program Asasi kursus Pra Akademi Islam Universiti Malayabermula sejak 1981 hasil daripada pengambil alihan Yayasan Penga...
-
LOGO RUKNU BAHASA ARAB تم افتتاح ركن اللغة العربية في أكاديمية الدراسات الإسلامية نيلم فوري وهو عبارة عن مركز خاص لأنشطة لجنة تقوية اللغة...
-
1) Kolej Kediaman Di kampus ini terdapat 2 buah kolej kediaman untuk para pelajar yang menuntut di sini iaitu: a) Kolej Kediaman Al-Gha...
-
ASSALAMUALAIKUM..!! Alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester 3 dan 1 bagi sesi 2011/2012, telah selamat di release kan, pada jam...
-
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam dan A...
LABELS
- Aktiviti (4)
- apium (23)
- Artikel Pilihan (11)
- Dakwah (5)
- JTK (8)
- Majmuah (1)
- Minda Pimpinan (15)
- mpp (8)
- Nasional (3)
- Respon Isu (5)
- Siasah (1)
- Tafakkuh (3)
- Tarbiyyah (1)
Labels
- Aktiviti (4)
- apium (23)
- Artikel Pilihan (11)
- Dakwah (5)
- JTK (8)
- Majmuah (1)
- Minda Pimpinan (15)
- mpp (8)
- Nasional (3)
- Respon Isu (5)
- Siasah (1)
- Tafakkuh (3)
- Tarbiyyah (1)
0 comments:
Post a Comment