SELAMAT DATANG KE BLOG MY APIUM NILAM PURI

ANDA SUKA BLOG INI

Wednesday, May 4, 2011

APIUM : APIUM TIDAK AKAN DITUTUP

Kementerian Pengajian Tinggi menafikan khabar angin kononnya akan menutup Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Nilam Puri di Kota Baharu dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebaliknya kementerian itu dan pengurusan UM sedang mengkaji untuk memperkasakan akademi tersebut yang banyak berjasa kepada ilmuan Islam di negara ini selain merupakan institusi pengajian tinggi yang mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan.

NONEAntara kajian itu ialah bagaimana untuk memperluaskan lagi fungsi akademi tersebut yang bukan sahaja menyediakan pelajar untuk pengajian Islam tetapi melahirkan pelajar yang boleh menguasai Bahasa Arab bagi menyambung pelajaran mereka ke Universiti Al Azhar, Mesir.

"Kita melihat apakah Nilam Puri boleh menyediakan kursus Bahasa Arab dengan kerjasama (Universiti) Al Azhar seperti yang disyaratkan Al Azhar yang hanya akan mengambil pelajar yang lulus Bahasa Arab," katanya selepas memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di Kota Baharu, hari ini.

Beliau berkata ketika ini ada pelajar yang masih tidak menguasai Bahasa Arab dan terpaksa mengambil kursus bahasa itu terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajian di universiti terbabit.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02"Pelajar itu habiskan masa kira-kira dua tahun untuk menguasai bahasa itu sebelum mengikuti kuliah sebenar," katanya.

Sementara itu Saifuddin menasihati pelajar agar tidak meminggirkan ko-kurikulum semasa di sekolah menengah kerana ia penting sebagai syarat utama sebelum memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata walaupun pencapaian akademik mereka sangat tinggi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi jika markah ko-kurikulum mereka rendah, ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk memasuki IPTA.

"Kemasukan ke IPTA sekarang semakin kompetitif dan ia tidak cukup dengan keputusan akademik yang baik sahaja dan mesti seimbang dengan markah ko-kurikulum ini," katanya.

--Bernama

*dipetik daripada malaysiakini ..

1 comments:

kerel

jgn la ditutup UM nilam puri nih...bgos la ade pgajian Islam nih...kalo dduk kt kdai tepi jln smbil brekpes...tgk student2 dy kua..fuh, sjuk mate memandang..baek2 blake...bkn niat nk cuci mate, tp sjuk la tgk ade lg golongan belia begitu, kalo tidak, g ke psr mlm, laen dah pemandangannye, ckp klntan serambi makkah, tp skrg ni ssh la nk tgk mcm dlu...kt UM ni jgk bgos.. ;)...troskan!

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Pages

al-Wakt

FOLLOWERS

ABOUT APIUM

My Photo
NILAM PURI, KOTA BHARU, Malaysia

DARI MEJA EDITOR

Meja Editor apiumnp.blogspot mengalu-alukan kepada pembaca untuk menghantar artikel atau sebarang berita untuk disiarkan di laman ini. Sebarang cadangan, penambahbaikan dan artikel bolehlah dihantar ke mppumnp@gmail.com.

Terima Kasih.

SURAT MENYURAT

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI , 16010 KOTA BHARU ,
KELANTAN DARUL NAIM
http://apiumnp.um.edu.my
email : nilampuri@um.edu.my
tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting 09-7126508 end_of_the_skype_highlighting
fax : 09-7126580

MISI APIUM

BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU,BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN , PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.

VISI APIUM

UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM
DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK
MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK NEGARA
DAN KEMANUSIAAN.

DISKUSI INTELEK

POPULAR POST

 

LABELS

PENGUNJUNG

Labels

 

Another Templates

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger