"..tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian.." -al-Maududi
Perempuan belajar tinggi2 akhirnya kedapur juga, rugi dan buang masa~
Posting saya kali ni sebenarnya related dgn experienceketika baru sahaja sampai ke tanah air ku, juga berkaitan dengan beberapa celoteh yang agak menarik perhatian saya daripada apids group dalam sembang saintis mereka di UM adec-elearning. God bless them. Nmpak sungguh mereka memartabatkan islam itu dengan ilmu.
Nak berkongsi pengalaman sikit.
Beberapa hari telah jejakkan kaki ke tanah air ni. Tiada perubahan sangat. Cuma adalah beberapa bangunan yang bertukar warna, ada juga beberapa pembangunan sedang dijalankan, dan ada juga yang masih terbgkalai tak siap-siap semenjak saya pergi ke Nilam Puri Kelantan sehinggalah saya kembali semula untuk berhari raya ni.
Hari raya tahun ni bermakna sekali, first time balik raya setelah bermastautin di Kelantan selama lebih kurang 3 tahun dan kbetulan adik saya yang belajar di UDM dan Gombak Selangor turut Berjaya membujuk mama papa untuk belikan mereka tiket balik raya.. he he..
OK, nak dijadikan cerita suatu hari saya menziarahi Saudara SeIslam..Lama tidak berbual dan berceloteh bersama mereka.. lalu saya meringankan punggung dan melepakkan diri. Saling brtnya khbar dan cerita punya cerita. BErkongsi pengalaman dan sebagainya. mereka mengajukan soalan kepada saya. Lebih kurang begini diskusinya.
Saudara Seislam : “Siney kitak studi kinek tuk?” :
(Sekarang awak blajar di mana?)
Saya : “Kamek studi d Kelantan.. APIUM Nilam puri”
(Saya belajar di Kelantan, APIUM NILAM PURI)
Saudara Seislam : “Kitak ngmbik bidang apa si ya?” :
[Awak ambil bidang apa kat situ]
Saya : “Islamic studies & Arabic languages”
Saudara Seislam : “Brpak lamak gik kah ktk studi?
[berapa lama lagi nak studi?]
Saya : “Lamak juak lah.. lebih kurang 4 thun cam ya kamek abis studi, kenak?”
[Lama juga, lebih kurang 4 thn mcm tu lah saya habis studi.. kanapa?]
Saudara Seislam : Aih.. lamak bena juak kitak studi, kedak bidang kdktoran, kedak org ngmbik Master PHD ada juak....
(ai.. lama betul kau studi.. macam ambik bidang kdokotoran, macam orang ambil master phd jugak)
Saya: Sik ada lama gilak sbnanya.. Gpun kamek sik kisah juak.. kebtulan kamek minat bidang agama, sik hal lah mun nya lamak ka sik..
(x ada la lama sangat, lagipun saya tak kisah, kebetulan saya minat bidang agama, tak pe lah lama ke tak, huhu)
Saudara Seislam : Sik ada lah, bukan apa.. lama bena ktk ngabis masa utk studi ajak, sik ada ko belaki kelak.. gpun mpuan tuk, mun nya studi tinggi-tinggi pun, kedapur juak tujunya.. RUGI N BUANG MASA he he..
(tak ada lah.. bukan apa, lama giler kau habiskan masa untuk studi je, nanti tak bersuami buatnye, lagipun perempuan ni, kalau studi tinggi-tinggi pun, ke dapur jugak akhirnya RUGI DAN BUANG MASA.. he he)
Saya terdiam dan tersenyum.. mencari2 ayat-ayat cinta yang smpurna.. agar diri saya dapat dibela.. disamping jawapan yang menjaga hati mereka serta memuaskan hati masing-masing.
Saya: Ceh, alu mikey pasal laki indah.. kmk agik muda.. haha.. sik da lah.. sbnanya mun bagi kamek, sik ada mslah sbenanya mun kita blaja lama ka sik, ada certificate ka sik.. mmglah mpuan akhirnya ke dapur juak tujunya.. Apalah salahnya mun kita blaja, ilmu bah.. gpun, mun kita ke dapur pun, sik bermaksud kita stop studi.. n keja dapur ajak.. studi kan ada dcney2. Bagi kameklah, studi tuk bkn dituju kpd mbiak yg ada di sekolah jak, di univsiti jak, di dapur pun bleh dinamakan studi juak.. studi dimana2.. syapa2 saja.. kan ilmu ALLAH tuk luas..
(Ceh, pikir pasal suami pulak, aku kan masih muda.. haha, tak ada la.. sebenarnya kalau bagi aku, tak ada masalah sabenarnya kalua kita belajar lama atau tak, ada certificate atau tak, memanglah perempuan akhirnya ke dapur jugak, apa la salahnya kalau kita blajar, ilmu kan.. lagipun kalau kita ke dapur pun, tak bermaksud kita stop studi, dan kerja dapur je memanjang, studi kan ada dimna-mana. Bagi aku lah, studi ni bukan untuk orang yang pergi sekolah je, di universiti je, di dapur pun boleh studi jugak, studi dimana-mana dan sesiapa je. Kan ilmu ALLAH ni luas.
Saudara Seislam : Ai.. alim juak kitak tuk.. beceramah indah.. sik ada la.. nang sik salah juak.. blajalah kitak bait2…tapi plaja U tuk.. Slalu ngabis duit nak? Byk makei duit bah.. mok byr yuran la apa lah eish…
(Ai.. alim pulak kau ne, berceramah la pulak.. tak ada la.. memang tak salah pun, kau belajarlah elok-elok. tapikan pelajar U ni.. selalu habiskan duit kan? Byk pakai duit… nk byr yuran lah apa lah.. eish..)
PIYUNG – PIYUNG.. TIBA-TIBA SAUDARA SAYA MASUK TOPIK LAIN. SO WE STOP THE CONVERSATION HERE. Diskusi kami tentang Perempuan belajar tinggi akhirnya kedapur jugak, rugi dan buang masa itu hanya setakat tu sahaja.. hehe..
Jadi, sebenarnya masih ramai lagi masyarakat yg mempunyai stigma atau persepsi sedemikian. Bagi saya secara peribadi, pandangan tu tidak salah. Cuma betulkan sikit je. Memang betul perempuan blajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur, tapi tak rugi dan buang masa pun.. Wslm..
Norhayati binti Muhammad Hussien
Timb. Pengerusi
JKP Kenegaraan, Etika & Keohanian,
Jawatankuasa Tindakan Kolej 09/10,
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya Nilam Puri.
Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.
Membangun sambil meroboh?
Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.
Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.
Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan”– membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.
Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?
Budaya ilmu VS budaya peperiksaan
Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.
Menurut beliau,
"Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan."
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.
Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda.Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah,‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.
Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.
Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.
Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiatmembaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.
Realiti kampus universiti masa kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti..
Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata. Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa..
Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh
Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,
"Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa"
Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.
Memperkasa tradisi intelektual anak muda
Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.
Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.
Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.
Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.
Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.
Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.
Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.
Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu
Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.
Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajah pemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau dengan kaca yang disangka emas belian lantas bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina bahasa ibunda sendiri.
Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.
Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi, jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.
Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!
Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.
Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!
Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.
Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!
Semoga rakyat Malaysia terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!
Penutup
Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.
Oleh
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad
Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
Hamdulillah.. walau pun bersendirian, di tinggalkan sahabat2 lantaran perginya mereka kembali ke kampung masing2 untuk menyambut syawal yang mana,bi masyi’atillah akan kunjung tidak lama lagi. Sedih rasanya dalam hati.. sedar tak sedar, dah hampir sebulan ramadhan menjadi tetamu. Tak lama lagi syawal pula akan menjadi tetamu kita. Menangislah sahabat2 ku, entah apa kita akan bertemu ramadhan pada masa akan datang atau tak.. sedihlah dengan pemergian ramadhan ini. Andainya ini ramadhan bagi kita?
Insya Allah, dalam kesempatan yang ada, saya teringin untuk mengajak sahabat2, di alam maya mahupun di alam realiti, untuk sama2 kita mengangkat Sirah tentang Dakwah ilal Allah yang mudah-mudahan dengan menyemak kisah ini nantinya, ianya tidak hanya sekadar menjadi maklumat, akan tetapi darinya kita dapat mengambil beberapa pelajaran penting untuk diamalkan dalam kehidupan kita.insyaallah..
Kisah ini sebenarnya terdapat dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim yang tidak perlu diragukan lagi keshahihannya, sebuah kisah tentang diutusnya Mu’adz Ibnu Jabal ke negeri Yaman dalam menyampaikan dakwah ila Allah. ( bagi sahabat2 yang menuntut bersama2 saya, pasti sudah hafal malah sudah hadam pun hadith tersebut. Kena tasmi’ kan? Jawab dalam hati saja la )
عن ابن عبّاس رضي الله عنهما أنّ النّبي صلى الله عليه وسلم بعث معاذا رضي الله عنه إلى اليمن فقال : ادعوهم إلى شهادة أن لا إله إلّا الله وأنّي زسول الله فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أنّ الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة فإن هم اطاعوا لذلك فأعلمهم أنّ الله افترض عليهم صدقة في أموالهم تؤخذ من أغنياتهم وتردّ على
(فقرائهم ( متفق عليه
Dalam kitab Shahihain disebutkan Hadith riwayat ibn ‘abbas radhiallahu ‘anhu, ia berkata: “Tatkala Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mengutus mu'adz ibn jabal, beliau bersabda:
“Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat LA ILA HA ILLALLAH – dalam riwayat yang lain disebutkan “supaya mereka mentauhidkan Allah”- jika mereka mematuhi apa yang kamu dakwahkan, maka sampaikan kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu dalam sehari semalam, jika mereka telah mematuhi apa yang telah kamu sampaikan, maka sampaikanlah kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka sedekah ( zakat ), yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan pada orang-orang yang fakir. Dalam riwayat yang lain - Dan jika mereka telah mematuhi apa yang kamu sampaikan, maka jauhkanlah dirimu dari harta pilihan mereka, dan takutlah kamu dari doanya orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tidak ada tabir penghalang antara doanya dan Allah” (HR. Bukhori dan Muslim).
Beberapa pelajaran yang kita sama-sama boleh ambil dari hadith diatas :
Dari Hadith yang berisi kisah yang agung ini meliputi beberapa hal penting untuk dicermati dan pelajaran yang sangat berharga yang mana mencakupi:
1. Urgensi Dakwah
2. Ushul ad-Dakwah
3. Skala keutamaan dakwah
4. Akhlak seorang muslim sebagai da’ie
5. Keadilan dalam bermuamalah dan berdakwah
Pelajaran pertama, adalah tentang urgensi dakwah.
Sesungguhnya pengutusan Mu’adz ibnu Jabal ke negeri yaman oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam ini terdapat pelajaran tentang keutuhan dan kesabaran dalam mengembangkan tugas mulia tersebut;
yang pertama adalah bahawa Mua’dz pasti akan meninggalkan orang yang paling dicintainya, orang yang paling dekat dengannya, yang senantiasa beliau iringi, dimana Mu’adz shalat bersama baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, mendengarkan sabda-sabda dan nasihat-nasihat darinya Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam.
Yang kedua bahwa diutusnya Mu’adz ibnu Jabal dimana beliau pasti akan menempuh safar (perjalanan) dalam tempoh yang cukup panjang,
yang ketiga, bahwa perjalanan yang akan ditempuh sudah pasti meletihkan dan melelahkan dengan melalui medan alam yang keras,
yang keempat ialah sudah pasti nanti beliau akan menghadapi pelbagai tentangan dari musuh-musuh Islam, atau orang-orang yang benci kepada dakwah ila Allah.
Demikianlah, seberat apapun pengorbanan yang beliau kerahkan dalam menghadapi segala tentangan yang datang dengan berbagai bentuk dan rupa, tapi beliau sedar bahawa usaha dan pengorbanan yang dilakukan tersebut harus dilaksanakan dengan niat semata-mata kerana Allah (yang mana mengharapkan kepada keredhaan dan balasan dari yang Maha Mengetahui), oleh kerana beliau rela meninggalkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam yang mencintainya dan menyayangi ummatnya untuk waktu yang tidak pasti bilakah lagi kemudian mereka akan bertemu kembali.
Baiklah, mungkin kita boleh tanya diri kita sendiri, Siapakah kita untuk berkorban dan berdakwah sebagaimana Mu’adz ibnu Jabal berdakwah ila Allah? Bahkan kita belum lagi diutus ke negeri (seperti) Yaman atau Belanda (misalnya) paling tidak pun ke negara jiran, indonisi ( dalam dialek indonesia ), tapi adakah kita telah berdakwah kepada keluarga, atau kepada tetangga kita, kepada sahabat, sudahkah kita berdakwah kepada jamaah masjid kita? ( contohnya ). Inilah yang menjadi pertanyaan bagi kita. Dan jika kita kaji dari kisah ini, betapa sahabat yang mulia ini rela meninggalkan Rasulullah dan orang-orang yang disayanginya. Barangsiapa yang tidak berdakwah kepada orang-orang yang dekat ataupun kerabatnya, maka akan sulit baginya untuk berdakwah kepada orang-orang yang jauh.
Oleh itu, mari kita mulai dakwah ini dengan memperhatikan sahabat karib kita, keluarga kita. Dan dalam riwayat disebutkan bahwa ketika Mu’adz ibnu Jabal telah kembali ke kota Madinah, beliau mendapati bahwa Rasulullah yang dirindukan telah wafat ( maaf, pena tak berapa pasti. Mohon jawapan pada yang tahu ). Kemudian, pertanyaan terbesar untuk kita jawab adalah pengorbanan apakah yang telah kita kerahkan dalam dakwah ila Allah ini, sebesar apakah sumbangan kita dalam dakwah ini?
Pelajaran kedua yang dapat kita ambil dari hadith ini adalah mengenai Ushul al-Dakwah,
dasar-dasar dalam berdakwah, disebutkan dalam hadith ini ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa sallam berwasiat kepada Mu’adz, yang pertama sekali beliau sampaikan kepada Mu’adz adalah masalah Tauhid, bukan yang selainnya (seperti perkara akhlak, tazkiyatunnufus atau mengajarkan bagaimana metode berdakwah dengan cara berdagang misalnya – bukan maksud pena perkara2 tersebut tidak penting ), akan tetapi sekali lagi wasiat Rasulullah adalah menyeru manusia agar mentauhidkan Allah, inilah dakwah yang menjadi prioritas utama, kemudian setelah beriman dengan keimanan yang sebenar-benarnya kepada Allah lalu mempersaksikan bahwasanya Muhammad adalah utusan Allah. Setelah beriman dan mentaati Allah, maka juga harus meyakini dan mentaati Rasulullah sebagai ikutan dan panutan dalam kehidupan seorang muslim, selanjutnya perintah untuk menegakkan solat. Rasulullah tidak menyuruh kepada perkara yang lain selain melaksanakan shalat, sebagai kewajiban yang sangat agung dan tinggi kedudukannya, ( sila rujuk buku hadith – hadith yang kedua dan ketiga ) selanjutnya perintah untuk menunaikan zakat . kesemuanya ini semata-mata wahyu dari Allah kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa sallam.
Semua nabi diutus oleh Allah kepada seluruh manusia adalah untuk berdakwah kepada tauhid ini, sebagaimana firman Allah Ta’ala :
“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thoghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).” (QS. An-Nahl: 36)
* Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah
Ushul yang kedua setelah dakwah kepada Tauhid adalah dakwah kepada amalan-amalan wajib (Faraidh), iaitu dakwah kepada kewajiban-kewajiban kita yang diwahyukan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bukan merupakan perkataan manusia biasa ataupun penyair, sebagaimana disebutkan dalam hadits Qudsi :
“…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu perbuatan yang lebih Aku cintai daripada apa-apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan seorang hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunnah sehingga Aku mencintainya…” (HR. Muslim).
Berdakwah kepada amalan-amalan yang difardhukan terutamanya perintah untuk menegakkan solat, sebagaimana disebutkan dalam hadith Mu’adz diatas, solat merupakan perintah yang sangat agung diantara perintah-perintah Allah lainnya. Bahkan disebutkan, bahwa tidak ada bagian (pahala) bagi seseorang yang tidak melaksanakan solat. Perintah Solat merupakan satu-satunya perintah Agung yang diperintahkan Allah dengan langsung meng-isra’ mi’raj-kan NabiNya ke langit (untuk menerima perintah solat). Disebutkan pula dalam hadith lainnya bahwa tidak akan diterima ‘amal kebajikan dari seseorang pada hari kiamat nanti sebelum diperiksa amalan solatnya, apabila solatnya diterima, maka amalan lainnya akan diterima dan sebaliknya jika tidak diterima, maka amalan lainnya pun akan tertolak.
Kemudian mungkin saja akan timbul persoalan, iaitu bagaimana dengan manhaj dakwah, harakah-harakah dakwah yang ada ditengah-tengah kita sekarang ini, apakah gerakan-gerakan dakwah ini sudah sesuai dengan hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa sallam, sebagaimana hadith yang kita bahas ini, iaitu dengan memulai dari Tauhid kemudian masalah-masalah Faraidh dan seterusnya, ataukah sebaliknya sudah menyimpang dari ushul-ushul dakwah tersebut?
Apakah peranan / fungsi kita dalam mabadi’ dakwah ini? Maka dalam hal ini kita perlu mempelajarinya mabadi’ yang disebutkan dalam hadith diatas iaitu kita harus mempelajari tentang urgensi Tauhid dan segala yang berkaitan dengannya, pembatal-pembatal keimanan, begitu juga tentang permasalah Faraidh (utamanya shalat, zakat dan selainnya) sebelum kita terjun ke medan dakwah, yang kedua adalah kita mengamalkannya, kemudian mendakwahkannya.
Pelajaran Ketiga dari hadits ini adalah tentang urutan skala keutamaan (Tartiib) dalam dakwah,
hal ini sebagaimana yang telah disebutkan pada hadith diatas, “..kerana itu, maka hendaklah pertama sekali yang engkau dakwahkan kepada mereka adalah ajaklah mereka kepada persaksian bahwa tiada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah…”. Dalam berdakwah kepada orang-orang yang dekat dengan kita ataupun orang lain adalah hendaklah dengan mendahulukan masalah Tauhid kemudian solat dan seterusnya, tentunya dengan memperhatikan keperluan dan keadaan objek dakwah yang kita hadapi.
Pelajaran Keempat dari hadith ini adalah tentang keadilan,
seorang da’ie mesti adil dalam bersikap dan menjauhi kedzaliman. Dalam hadith ini disebutkan, “…Dan waspadalah kamu dalam mengambil harta-harta yang terbaik bagi mereka..” jadi dalam hadith ini tidak diperbolehkan untuk mengambil harta-harta yang terbaik dari orang kaya meski pun untuk kemashlahatan fuqara’ sehingga menyebabkan mereka (orang-orang kaya) terdzalimi akan tetapi yang benar adalah sesuai dengan kadar yang telah ditetapkan dalam agama. Oleh kerana itu seorang da’ie harus adil dalam masalah ini dan meninggalkan sikap dzalim.
“Dan takutlah engkau dari doa orang yang di dzalimi, karena doa itu tidak ada sekat (hijab) antara dia dengan Allah Taala.”
Pelajaran berikutnya dari hadith ini, bahwasanya janganlah kita menganggap bahwa orang-orang yang berdakwah itu sudah lepas dari kesalahan-kesalahan sehingga dia dapat melakukan apa saja dan berhati-hati dari kedzaliman jangan sampai merasa bahwa dialah yang paling benar kerana doa orang-orang yang terdzalimi itu tidak ada sekat (hijab) antara dia dengan Allah Taala. (doanya didengarkan oleh Allah). Contoh bentuk kedzaliman seorang da’ie kepada mad’unya adalah manakala seorang da’ei mengambil atau memungut zakat, ataupun sedekah dari orang kaya dengan harta yang terbaik dan yang termahal yang mereka miliki, meskipun dengan alasan untuk kemashlahatan orang-orang fakir dan miskin. Adapun bentuk kedzalimannya terhadap orang miskin adalah manakala seorang da’i memungut zakat dari orang kaya, dan orang kaya memberikan hartanya yang paling buruk atau paling murah yang diambil zakatnya kemudian diserahkan kepada orang fakir miskin, maka itu juga adalah salah satu bentuk kedzaliman seorang da’i.
Pertanyaan lagi : Bagaimana harus mengkompromikan antara ayat, “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan ..” (QS. Ali Imran [3]: 2) dengan hadith yang berbunyi: “…Dan waspadalah kamu dalam mengambil harta-harta yang terbaik bagi mereka..”adakah kontradiksi antara keduanya?
Mugkin saja jawapannya ( bagi yang ada jawapan lain – di alu-alukan ), Tidak ada kontradiksi diantara keduanya, sebab yang dimaksud dalam ayat diatas adalah dalam masalah-masalah sunnah sebagai motivasi untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara menginfakkan apa sahaja fi sabilillah, adapun apa yang disebutkan dalam hadith tersebut adalah masalah zakat Fardhu (wajib) yang tidak boleh seseorang mengambil harta yang paling baik dari orang lain, kecuali pemberian harta itu dikeluarkan berdasarkan keredhaan si pemilik harta yang secara peribadi memberikan harta yang paling disukainya tersebut, jadi seseorang seharusnya mengambil harta yang pertengahan (bukan yang termahal, atau paling baik dan bukan pula sebaliknya yang paling buruk atau paling rendah nilainya). Namun jika seseorang ingin berzakat dengan hartanya yang terbaik, maka itu dibolehkan. Kesimpulannya tidak ada pertentangan antara keduanya.
Wallahu A’lam
~ belajarlah dari hadith yang kita belajar tu... tanya2 kat prof madya kita :) ~
( sedikit sebanyak sumber dari Transkrip Daurah Islamiyah )
alhamdulillah... dah masuk ramadhan ke-10, akhirnya, biiznillah, dapat juga menjejakkan diri ke alam maya ini..
sedikit perkongsian... di awal entri, dalam bulan ramadhan kareem, Allahu Akram..
[pembezaan yang ditonjolkan oleh musuh Islam]
Terdapat dikalangan ummat Islam mereka bertanya, "Mengapakah terdapat dikalangan orang-orang kita yang aktif di medan politik lebih daripada ibadah?". Mereka ragu dengan gerakan dan kebangkitan Harakah Islamiyyah yang menyeluruh, kononnya ia tidak ada hubungan dengan pengertian Islam yang sebenar. Malah mereka menganggap ianya satu penyelewengan dari penghayatan Islam yang sebenar.Islam tidak membezakan antara orang-orang yang beribadat di mihrab-mihrab masjid, yang mengeluarkan air mata kusyu' dan tawadu' kepada Allah, dengan orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, baik dengan menggunakan air liur, dakwat pena, malah dengan peluh dan darah yang mengalir demi kecintaan mereka terhadap Islam.Al-Imam `Abdullah al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beribadat di Makkah dengan meninggalkan jihad:
"Wahai saudara yang sedang beribadat di tanah suci,Kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui,Saudara hanya bermain dengan ibadat,Siapa yang pipinya yang berlumuran airmata,Maka leher kami berlumuran darah,Kalau kuda mu penat didalam kebatilanMaka kuda kami penat di medan perang."
Sesungguhnya membezakan antara orang yang beri'tikaf di masjid dengan mereka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam, yang pertama dinamakan orang agama atau orang dakwah yang menghayati Islam, dan yang keduanya dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi, adalah pembezaan yang ditonjolkan oleh musuh Islam. Ini menunjukkan betapa jahilnya orang Islam jikalau mereka terpadaya dan terpengaruh dengan pengtakrifan ini!Petikan dari buku "Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah" oleh TG Hj Abdul Hadi Awang, Dewan Pustaka Fajar, Bab 1 dengan sedikit perubahan bahasa sesuai dengah peringatan ringkas
p/s : Namun ada pihak yg tersilap n kurang jelas tentang bagaimanakah konsep perjuangan yang sebenar. Sometimes willing to sacrifice Without sensibility, logical N rational
Pendek kata : hidup biar ada isi, Bukan buat kontraversi.
BANTAHANAN TERHADAP KONSERT MICHEAL LEARN TO ROCK (MLTR) - ETERNITY TOUR 2009 : LIVE IN MALAYSIA PADA 5 SEPTEMBER 2009 DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLAND.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pertama dan utamanya, sama-sama kita panjatkan kesyukuran yang mutlak kepada Allah Taala yang memberi peluang kepada kita untuk sama-sama membincangkan satu isu yang membawa kepada kepentingan bersama.
Saya mewakili sebilangan kecil golongan mahasiswa dan rakyat menyatakan pendirian bahawa kami sekali-kali tidak bersetuju dengan penganjuran konsert MLTR yang akan diadakan seperti yang Dato' Sri sedia maklum.
Dato' Sri,
Adalah tiada daya saya yang marhein ini untuk menentang kepimpinan Dato' Sri dan tujuan surat ini ditulis juga bukan untuk menentang atau menberontak. Namun sebagai seorang rakyat saya merasa terpanggil untuk membawa suara rakyat ke meja Perdana Menteri yang diberi kuasa.Bantahan ini dibuat bukan kerana membenci batang tubuh Dato' Sri serta seluruh jemaah menteri tetapi bersebab.
Sebagai rakyat saya menyatakan pendirian untuk membantah konsert tersebut kerana:
Tidak menghormati bulan Ramadhan al-Mubarak. Seperti yang Dato' Sri sedia maklum bahawa Bulan Ramadhan adalah anugerah Allah kepada seluruh ummat Islam. Ianya dikira mencemar kesuciaan bulan Ramadhan dan tidak mensyukuri nikmat Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berterawikh, tadarrus dan seumpamanya.
Tidak menepati syariat Islam. Saya yakin bahawa Dato' Sri sedia arif akan hal ini. Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi perlu kena pada salurannya. Tiada pergaulan bebas dan muzik-muzik yang melalaikan. Jadi, hal ini bercanggah dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Bercanggah dengan tatasusila dan budaya ketimuran. Semua mengetehui dan menghormati bahawa masyarakat timur terutamanya orang Melayu sangat menitikberatkan kesopanan dan tatasusila. Penganjuran konsert seperti ini kebiasaannya akan membawa kepada keruntuhan moral rakyat Malaysia yang Dato' Sri kasihi terutamanya para remaja.
Tidak menghormati sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Seperti yang disepakati bahawa sambutan kemerdekaan tahun ini tidak akan dicemari dengan hiburan dan Dato' Sri sendiri menjanjikan sambutan tahun ini adalah berlainan kerana menghormati kemuliaan Ramadhan.
Tidak bertepatan dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Dalam memenuhi kehendak rakyat Dato' Sri haruslah melihat dari segenap aspek terutamanya dalam hal-hal yang sensitif dan kebajikan. Jika konsert seperti menjadi kebiasaan ianya akan membantut hasrat Dato' Sri untuk meningkatkan pencapaian rakyat dan negara.
Pemimpin yang bijak membuat keputusan,
Tiadalah gembira di hati rakyat jelata jika permintaannya didengar dan permohonannya diperkenan sang pemerintah. Saya pasti Dato' Sri mampu membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kebajikan dan pembangunan jiwa rakyat terutamanya para remaja. Moga kuasa yang diberikan dimanfaatkan untuk membuat rakyat tersenyum dan bukan hanya mengejar pebangunan metarial semata-mata.
Saya dengan ini mewakili golongan marhein juga membawa suara mahasiswa bertegas dan tegar dengan pendirian kami. Moga idealisme Dato' Sri tidak menjadi kenyataan dengan mendahului suara rakyat.
Diharap keputusan Dato' Sri mampu membuat keputusan yang bisa membuat rakyat tersenyum, yang membenci akan menyokong dan yang menyokong terus mendokong.
Salam Kemuliaan Ramadhan.
Faqir ilaLlah; Syis bin Abdul Kadir Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri hamz_5415@yahoo.com http://oasislam.blogspot.com
Bulan Sya’ban, bulan Rasullullah saw hampir melabuhkan tirainya menandakan menjelangnya bulan Ramadhan. Allah swt menurunkan bulan yang penuh rahmat, barakah, dan keampunan ini sebagai hadiah khusus untuk umat nabi Muhammad saw. Bulan Ramadhan dilimpahi dengan keistimewaan yang tidak terdapat di bulan yang lain seperti turunnya Al-Quran sebagai petunjuk untuk orang-orang yang beriman, malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu iaitu “Lailatul Qadar” yang dinanti-nantikan oleh mereka yang beramal soleh dan syaitan-syaitan juga dibelenggu. Sesiapa sahaja yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya, iaitu hanya mengharapkan redha Allah swt, akan diampunkan atasnya dosa-dosa yang lalu seumpama dia baru dilahirkan dari rahim ibunya. Allah swt melipatgandakan pahala amalan sunat bersamaan dengan amalan wajib, dan pahala amalan wajib sehingga tujuh ratus kali ganda. Bulan Ramadhan merupakan bulan kesabaran, bulan jihad, dan bulan kemenangan bagi umat Islam. Bulan Ramadlan menyaksikan Allah swt memberikan pertolongannya kepada kaum muslimin ke atas kemenangan dalam pembebasan kota Mekah (fathul Makkah), perang Badar, penaklukan Andalusia (Sepanyol dan Portugal) dan banyak lagi. Bukan hanya itu, bulan Ramadhan merupakan bulan membaca Al-Quran, bulan mengeluarkan zakat fitrah, bulan memakmurkan masjid, bulan taubat kepada Allah, bulan islah sesama kaum muslim, bulan silaturrahim, bulan menolong mereka yang memerlukan, bulan menjaga lisan dan perbuatan, bulan untuk memperbaharui dan mengukuhkan iman, serta bulan untuk menyucikan hati dan pemikiran. Itulah bulan Ramadlan. Bulan yang setiap detik daripadanya merupakan kemuliaan dan keutamaan.
Namun, terdapat suatu hikmah yang jarang disedari oleh kaum muslimin, iaitu tuntutan untuk kembalinya kaum muslim menjadi ummat yang satu (ummatan wahidah), berpegang taguh kepada Al-Quran sebagai tali Allah Rabbul ‘Alamin, penerapan seluruh hukum Allah swt, serta mengembangkan risalah Islam untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kuno mahupun moden untuk menuju cahaya Islam. Allah swt mengaitkan puasa bulan Ramadlan dengan ketaqwaan seperti firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 183 : “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” Allah swt menegaskan bahawa: “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah, dan bertaqwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (QS. An Nur [24] : 52). Berlandaskan hal ini, Imam Al- Ghazali dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin menyebutkan bahawa dengan adanya taqwa dalam diri, setiap muslim memiliki perasaan sangat takut kepada Allah swt, hanya ber¬bakti dan tunduk kepada-Nya, serta membersihkan hati dan perbuatan dari segala dosa. Taqwa bukanlah sekadar pengakuan semata-mata. Sebaliknya, taqwa adalah manifestasi lisan, hati, dan perbuat-an. Allah swt memerintahkan kita agar mengikuti seluruh ajaran yang dibawa Rasulullah saw dan mencegah diri dari larangan yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Allah swt berfirman dalam surat Al Hasyr [59] ayat 7 : “Ambillah apa saja yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu. Dan tinggalkanlah apa saja yang dilarangnya kepada kamu; dan bertaqwalah kepada Allah.” Jadi taqwa merupakan ketaatan total terhadap semua hukum Islam tanpa pengecualian yang diwahyukan kepada Rasulullah saw. Berkaitan dengan persoalan ini Allah swt berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman, masuk-lah kalian semua ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kebenaran kepadamu, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (QS. Al Baqarah [2] : 208 - 209). Ibnu Katsir menjelaskan bahawa sebahagian orang-orang Yahudi yang memeluk Islam menyangka keimanan mereka tidak tercemar sekalipun mereka tetap meyakini sebahagian daripada kitab Taurat. Namun, Allah swt menjelaskan bahawa masuknya mereka ke dalam Islam mewajibkan mereka beriman kepada seluruh ajaran Islam (Al-Quran). Apabila seseorang itu tidak beriman, bererti bahawa dia telah mengikut jejak langkah syaitan yang sebenarnya merupakan musuhnya yang nyata. Inilah asbabul nuzul ayat 208 dan 209 dari surah Al Baqarah tadi kepada Rasulullah saw. Dengan kata lain, ayat ini menyatakan dengan jelas bahawasanya Allah swt memerintahkan kepada kaum muslimin yang mengimani Islam agar membuktikannya dengan mengambil seluruh ajaran dan syari’at Islam, melakukan semua perintah dan meninggalkan apa jua yang dilarang dengan sekuat tenaga tanpa ragu-ragu. Bulan Ramadhan adalah simbol kesatuan umat Islam. Timbul satu persoalan! Mengapakan ada perbezaan penetapan awal ramadhan dan syawal bagi di negara-negara umat Islam? Agama nasrani walaupun majoroti penganut mereka tidak mengamalkan ajaran kitab bible mereka, tetapi mereka menyambut sambutan Krismas (Hari Natal) serentak! Bagaimana umat Islam mahu bersatu me-lawan penindasan kafir laknatullah jika isu yang kecil ini pun gagal diselesaikan?
Islam memang ada penyelesaian terhadap masalah ini. Penetapan awal dan akhir Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (pemerhatian menggunakan mata secara langsung), bukanlah melalui hisab (pengiraan). Dengan kata lain, penetapan hilal (anak bulan) wajib bersandarkan pada kesaksian seorang muslim yang adil yang telah menyaksikan bulan secara langsung, bukan berdasarkan perhitungan. Kesaksian pula cukup dilakukan oleh seorang yang adil. Ini didasarkan pada riwayat berikut;
“Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata: Ada seorang Arab mendatangi Rasulullah saw dan berkata: ‘Aku telah melihat bulan (hilal), iaitu bulan Ramadhan.’ Kemudian Rasulullah SAW bertanya: ‘Apakah engkau telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah?’ Lelaki itu menjawab: ‘Benar’. Rasulullah bertanya lagi: ‘Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah?’ Lelaki itu menjawab: ‘Benar’. Rasulullah Saw bersabda: ‘Wahai Bilal, berdirilah dan kumandangkan azan, dan beritahu mereka (kaum Muslim) agar berpuasa pada esok hari.” Rasulullah Saw telah bersabda kepada para saksi : “Jika kamu melihatnya seperti kamu melihat matahari, maka bersaksilah. (Namun) jika tidak, maka tinggalkanlah.” (Ahmad ad-Da’ur, al-Ahkaam al-Bayyinaat).
Pada zaman yang serba moden dengan kecanggihan teknologi pencerapan hilal dan komunikasi antara negara-negara umat Islam, sepatutnya tiada sebab untuk kita tidak boleh bersatu menyambut hari yang penuh barakah ini bersama kecuali wujudnya faktor-faktor kepentingan tertentu. Impak dari perbezaan ini sebenarnya adalah kesalahan yang serius! Akan ada sebahagian umat Islam di sesetengah negara yang akan berpuasa pada hari yang diharamkan berpuasa (1 syawal). Kita juga akan keliru dalam meramalkan malam lailatul qadar. Rasullullah saw mengatakan lailatul qadar akan datang pada malam ganjil. Jadi, malam ganjil di negara manakah yang akan berlakunya lailatul qadar? Malaysia atau Arab Saudi? Ada yang mengatakan perbezaan ini adalah khilaf dikalangan ulamak. Tapi, persoalannya, sejauh manakah kita berusaha mencari dalil yang terkuat dalam penentuaan hilal ini? Khatimahnya, marilah kita menjadikan bulan Ramadan tahun ini sebagai momentum menyemai kekuatan ruhul Islam dan mengembalikan kekuatan syakhsiyah Islamiyah agar kita berpegang teguh terhadap syariat Islam keseluruhannya (Kaffah). Kita yakin syariat Islam telah lengkap dan disempurnakan oleh Allah swt (Al-Maidah, ayat 3). Kita juga patut meyakini syariat yang diturunkan kepada Rasulullah saw ini syariat yang kekal dan sesuai hingga hari akhirat. Kita juga sepatutnya meyakini Islam ada penyelesaian terhadap semua masalah umat termasuk penentuan awal dan akhir Ramadhan. Seterusnya terserahlah kepada kita untuk sama-sama berusaha agar syariat Islam akan kembali ke dalam segenap aspek kehidupan. Marilah sama-sama kita kembali menyeru kepada Islam Kaffah sebagaimana Rasulullah saw dan para sahabat melangsungkan kehidupan Islam pada 1400 tahun yang lalu. Allahumanshur man nashara ad-dîn wakhdul man qatala al-muslimîn. Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan 1430 H. Semoga kita menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah swt. Amin.
Alhamdulillah. Kesyukuran secara mutlaknya kita angkatkan pada yang paling layak dan berhak, Allah Yang Maha Menyatukan. Selawat serta salam buat Junjungan Mulia penghulu bumi dan syurga, Muhammad Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Seterusnya para sahabat, salafussholeh dan seluruh kader dakwah yang mewakafkan diri mereka pada Islam hingga Hari Akhirat.
Sahabat-sahabat pewaris Islam,
“Ilmu Punca Kemajuan.” Gagasan mulia yang dicanangkan Universiti Malaya lebih satu abad lalu dan kini tetap relevan. Kita lihat pula sejarah 1430 tahun lampau, kalam pertama dari langit ialah “iqra’” yakni “bacalah”. Terbukti, yang pertama lagi utama ialah pemerkasaan ilmu. Gagasan keilmuan adalah satu idealisme yang amat berat untuk dijunjung serta dilaksanakan namun tidak dapat tidak ia tetap terpundak di bahu kita semua.
“wahai orang-orang beriman, apabila dikatakan kepadamu; berilah kelapangan pada majlis-majlis, maka berilah kelapangan, nescaya Allah akan memberi kelapangan kepadamu. Dan apabila dikatakan; berdirilah kamu maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang beriman di antara kamu dan darjat orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.” (al-Mujadilah:11)
Sahabatku Mahasiswa,
Dunia mahasiswa bukan lagi dunia “budak-budak” bahkan sejarah membuktikan perjuangan mahasiswa sentiasa memberi kesan terbaik pada reformasi ummah. Ayuh kita imbau sejarah kejayaan Revolusi Iran menumbangkan kebobrokan regim Syah Iran, ianya telah didokong dan disokong oleh golongan mahasiswa yang menjunjung keadilan. Menjenguk pula cetusan minda mahasiswa di Burma. Kesedaran dan keberanian mahasiswa telah menubuhkan Perstuan Pemuda Buddha (YBMA) dan menjadikan kampus nadi pergerakan mereka. Idealisme menentang penjajah mereka telah menggerunkan penjajah British dan memberi impak maksimum terhadap kesedaran rakyat. Nun di Afghanistan kita bisa menjadikan mahasiswa Universiti Kabul sebagai contoh. Di sana lahir Gulbuddin Hekmatyar iaitu seorang pemimpin kampus yang bisa meniupkan ruh jihad kepada seluruh teman kuliahnya. Kesannya sepuluh tahun perjuangan itu telah memaksa Regim Russia mengangkat bendera putih.
Nah, itulah sebenarnya mahasiswa. Apa yang dicorakkan mereka akan menjadi gambaran sesebuah negara pada masa hadapan. Ayuh sahabat, kita sudah boleh mula berkhayal untuk masa hadapan negara. Kitalah golongan pewaris dan generasi pelapis yang akan memakmurkan bumi dengan lunas-lunas Islam. Tapi harus diingat dunia mahasiswa bukan hanya di dalam kampus atau bilik kuliah semata-mata.
“Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat.”-Bapa Natsir
Sahabat seangkatan,
Binalah dimensi pemikiran yang lebih mencakah, hapuskan kejumudan yang mencengkam minda, anjakan paradigma dan hapuskan dogma-dogma yang beku lagi kaku, bersedialah untuk menerima tanggungjawab ummah.
“Tanggungjawab mahasiswa bukan hanya di bilik kuliah. Mahasiswa sebenar ialah mereka yang mampu mengesat air mata rakyat, menyapu luka masyarakat dan mendengar suara hati mereka..” –Sdr Mohd Dzul Khari Mohd Noor
Namun segalanya berpasak kukuh pada tunjang keilmuan di dada. Analogi tepat bagi mereka yang tidak berilmu umpama si buta tak bertongkat. Cendekiawan menyebut abad ke-21 adalah zaman kebangkitan Islam. Kita yang bakal mendokong arus kebangkitan ini perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai keilmuan bagi mendepani massa. Harus diingat bahawa Islam itu tertegak dengan hujah.
Mahasiswa pendokong keadilan,
Sudah tiba masanya kita hentikan persengketaan, hapuskan segala kekeliruan, perkasakan kembali kesatuan Islam. Buangkan segala yang remeh-temeh, pergi jahanamlah segala kemaksiatan. Kembalilah pada Tuhan, eratkan hubungan dengan-Nya. Bersatu demi Islam.
“Sesungguhnya umat Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini, nescaya orang-orang Islam tidak akan mempunyai kekuatan kerana bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama sahaja dengan mereka dari segi melakukan maksiat, mereka akan mempunyai kekuatan yang lebih ke atas mereka.” –Saydina Umar al-Khattab
Faqir ilaLlah;
Syis bin Abdul Kadir
Yang di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Nilam Puri
hamz_5415@yahoo.com http://oasislam.blogspot.com
.Allah berfirman:"Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar[853]. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan[854] kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan" (surah Al-israa' Ayat 33)
kekajaman zionis laknatullah tidak dapat dinafikan lagi..sungguh kejam kerana sanggup membunuh dan memusnahkan manusia hanya semata-semata untuk melepaskan kepuasan..subhanallah..inilah umat akhir zaman..sungguh banyak perbezaan 10 minit kita di malaysia dan negara-negara yang aman berbanding 10 minit penduduk palestin..kita masih mampu untuk ketawa,pergi bekerja dan masih ade sesetengah di kalangan kita yang masih sempat melakukan maksiat, perjudian dan dan sebagainye namun seorang anak palestin hanya mampu untuk ketawa untuk beberapa saat dan menangis untuk beberapa minit hanya kerana telah kehilangan ayah dan ibunya dalam masa 10 minit..dalam beberapa minit umat islam hancur oleh kekajaman zionis laknatullah..
masih ade kah dikalangan anak adam seperti salahuddin Alayubi yang mampu menawan dua pertiga dunia?? masih adakah anak adam yang seperti Saad bin Abi Waqqas seorang muslim yang berani didalam perang Uhud sehingga mampu menjadi panah daripada panah-panah islam, masih adakah anak nabi adam seperti khalid alwalid yang menjadi saifullah??tepuk dada tanyalah iman kita..
namun,masih ade sesetengah pihak yang sedar untuk menghulurkan sumbangan..syukran a'al kulli hal kepada sahabat-sahabat nilam puri yang menyumbangkan derma kepada bumi palestin untuk mengurangkan beban mereka sempena menyambut bulan ramadhan yang akan datang..
abu Bakar as-siddiq berkata "sebuah teriakan la-qa'qa' di tengah-tengah pasukan perang adalah lebih baik daripada 1000 orang laki-laki"
program Malam Al-quds ni di anjurkan sendiri oleh majmuah 3 semester 3 sempena dalam usaha untuk mengutip sumbangan dan derma dari warga APIUM nilam puri untuk di hantar kepada penduduk bumi palestin..majmuah 3 mengadakan sedikit tayangan dan mengedarkan tabung derma kepada semua pelajar..alhamdulillah kutipan pada hari pertama memberangsangkan..dan program Al-quds ni akan berlangsung sampai awal ramadhan.. semoga sedikit nilai yang kita derma akan di gandakan oleh Allah diakhirat kelak..
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlaifah di muka bumi" mereka berkata: 'mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?' Tuhan berfirman " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (surah Al-Baqarah Ayat: 30)
Begitulah Firman Allah SWT yang menjadikan manusia ini sebagai sebaik-baik penciptaan.. subhanAllah.. Melalui Ayat di atas dapat saya kaitkan dengan bengkel yang di adakan pada 15 ogos 2009 berkaitan dengan Bengkel kesetiausahaan dan Pengurusan Organisasi, dimana program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin APIUM Nilam Puri yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa tindakan kolej,Mas'ul mas'ulah,presiden dan timbalan presiden bagi kelab-kelab dan persatuan anak negeri, setiausaha dan juga bendahari tentang kepentingan berorganisasi dan cara membentuk sesuatu organisasi itu supaya lebih efisyen dan teratur... program ini merupakan salah satu wasilah juga untuk melatih pimpinan atasan supaya dapat mengendalikan sesuatu organisasi itu dengan lebih berjaya dan memudahkan gerak kerja di lakukan.. selain daripada penerangan tentang tugas- tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap organisasi bengkel ini turut menerangkan tentang cara-cara untuk kita mengadakan sesuatu minit mesyuarat supaya lebih berstrategi dan lebih teratur program ini merupakan salah satu wasilah juga untuk melatih pimpinan atasan supaya dapat mengendalikan sesuatu organisasi itu dengan lebih berjaya dan memudahkan gerak kerja di lakukan.. selain daripada penerangan tentang tugas- tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap organisasi bengkel ini turut menerangkan tentang cara-cara untuk kita mengadakan sesuatu minit mesyuarat supaya lebih berstrategi dan lebih teratur supaya segala perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik..
Bengkel ini atau lebih dikenali sebagai BESPO telah berjalan selama satu hari dan telah dirasmikan oleh Ustaz Harul bin mohd Saleh merupakan Pensyarah di APIUM Nilam Puri merangkap Penyelia di kolej kediaman Nilam puri ini sendiri.terdapat beberapa slot ceramah antaranya adalah pengurusan organisasi Efisyen.penyediaan bajet dan kaedah menyediakan kertas kerja dasar serta pengendalian mesyuarat. selain itu,Untuk menjalankan sesebuah aktiviti memerlukan kertas kerja dasar yang mampu jejak dengan visi,misi dan objektif sesebuah organisasi tersebut supaya segala program yang dirancang mampu mencapai objektifnya. tambahan pula untuk menguruskan sesebuah program memerlukan penelitian yag mendalam dan memerlukan tenaga kerja yang ramai ini kerana untuk memudahkan program itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...
Akhir sekali Alhamdulillah diharapkan program-program seperti inilah yang mampu menambah ilmu-ilmu kita yang masih kekurangan.“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil” (Surah An-Nisa : 58). Berdasarkan kepada firman Allah SWT diharapkan semoga kita dapat menjadikan satu inspirasi untuk kita bertanggungjawab dan menjaga amanah dalam menegakkan islam.
(Manusia hari ini suka bersangka²) “Ada sangkaan baik”...”Ada sangkaan buruk”..Orang beribadah disangka riak - Orang yang relax disangka malas - Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) - Orang makan banyak disangka pelahap - Orang makan sikit disangka diet – 0rang bimbang disangka kalut -0rang bersungguh disangka melampau -Orang yang menegur disangka angkuh dan musuh -0rang yang tidak menegur disangka bijak dan her0 – 0rang berbisik disangka berahsia - 0rang bercakap disangka mengampu - Orang baik disangka buruk - Orang buruk disangka baik - Orang senyum disangka mengejek - Orang masam disangka merajuk - Orang bermuzakarah disangka mengumpat - Orang diam disangka menyendiri - Orang menawan disangka pakai susuk - Orang nampak ceria disangka membela - ......... MANA TAHU yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis(mengingati anda).Apabila anda berbuat kebaikan,jangan disangka anda dapat balasan baik dengn cepat..tetapi..ia pasti berlari kepada amalan anda..Jangan diSANGKA akan keburukan akan hilang begitu sahaja..setiap perbuatan ada balasannya.
أحسب النّاس أن يتركوا أن يقولوا ءامنّا وهم لا يفتنون
"Apakah mereka menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji ?"
Jika yg diingini tidak diperolehi, bersyukurlah pada apa yg kita perolehi skrg nie..tetapi usaha dalam memperolehi hidayah dan rezeki ALLAH mesti berterusan..
*ISLAH kan diri kita akan musibah H 1 N 1...PERBAIKI LAH IBADAT KITA..Anda boleh dianggap lebih daripada sebagai “binatang” jika tidak ada setitik pun rasa keinsafan padaNYA.
Muhammad Nasrul Alam Bin Ash’ari
PRESIDEN,
JawatanKuasa Tindakan K0lej,
Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya Nilam Puri,
Meja Editor apiumnp.blogspot mengalu-alukan kepada pembaca untuk menghantar artikel atau sebarang berita untuk disiarkan di laman ini. Sebarang cadangan, penambahbaikan dan artikel bolehlah dihantar ke mppumnp@gmail.com.
Terima Kasih.
SURAT MENYURAT
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI , 16010 KOTA BHARU , KELANTAN DARUL NAIM http://apiumnp.um.edu.my email : nilampuri@um.edu.my tel : 09-7126508 begin_of_the_skype_highlighting09-7126508end_of_the_skype_highlighting fax : 09-7126580
MISI APIUM
BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU,BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN , PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.
VISI APIUM
UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK MELALUI PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK NEGARA DAN KEMANUSIAAN.