ASSALAMUALAIKUM..!!
Alhamdulillah,
keputusan peperiksaan semester 3 dan 1 bagi sesi 2011/2012, telah selamat di
release kan, pada jam 2.15 petang tadi..
Pelbagai reaksi
pelajar-pelajar dapat disaksikan semasa mengetahui keputusan peperiksaan
mereka..
Tahniah di
ucapkan kepada yang telah berjaya mendapat seperti yang diiniginkan.. YOU
DESERVE IT. . dan kepada yang kurang berjaya itu, bukan bermakna anda gagal
untuk selamanya, cuba lagi, dan teruskan berusaha..
Jangan sesekali
kita berputus asa, pada keputusan yang kita perolehi, itu sekadar hanya diatas
kertas, yang penting ilmu yang dapat kita manfaat kan selama mana kita hidup di
muka bumi Allah ini..
Huhu…
bersyukur lah pada apa yang anda perolehi.. tampak sukar, tetapi ikhlas kan
hati, insyaAllah, Allah akanmmeberi ganjaran kepadamu..
Sekian teria
kasih..
ASSALAMUALAIKUM..!!~~
Salam satu APIUM kepada semua readers sekalian.. ya..
seperti yang kita dapat lihat diatas, adalah poster jawatankuasa tindakan kolej,
yang telah dibuat oleh MPP multimedia..
jawatan kuasa tindakan kolej, kolej kediaman nilam puri Akademi pengajian islam
Universiti Malaya Nilam Puri, di-Presiden-kan oleh saudara Khairol Najib bin
Hashim, yang berasal daripada Perak, dan pembantu nya saudari Nur Mashitah bin
Ab Jalal yang berasal daripada Pahang.
Terdapat beberapa JKP untuk membantu, proses gerak kerja sepanjang perkhidmatan di APIUM
Nilam Puri. Antara JKP yang ada adalah, JKP sukan dan rekreasi, JKP etika dan
kenegaraan, JKP kesenian dan terdapat beberapa lagi..
Pelbagai program yang telah dijalankan pada semester
lepas,dan akan dijalankan pada semester ini..
Semoga dengan ada nya majlis ini, dapat membantu
pelajar yang lain..
Sekian..
P/S : program akan diupdate..
ASSALAMUALAIKUM..!!~~
Salam satu APIUM kepada semua readers
sekalian.. ya.. seperti yang kita dapat lihat diatas, adalah poster Majlis
Perwakilan Pelajar, yang telah dibuat oleh MPP multimedia..
Majlis perwakilan Pelajar Akademi pengajian
islam Universiti Malaya Nilam Puri, di-YDP-kan oleh saudara Muhammad Nabil bin
Ismail, yang berasal daripada Perak, dan pembantu nya saudari Rita Nursuhaila
binti ridzuan yang berasal daripada Kelantan..
Terdapat beberapa Exco untuk membantu,
proses gerak kerja sepanjang
perkhidmatan di APIUM Nilam Puri. Antara Exco yang ada adalah, Exco Kerohanian
dan kepimpinan, Exco ekonomi, Exco Perhubungan luar, Exco multimedia, dan
terdapat beberapa lagi..
Pelbagai program yang telah dijalankan pada
semester lepas,dan akan dijalankan pada semester ini..
Semoga dengan ada nya majlis ini, dapat
membantu pelajar yang lain..
Sekian..
P/S : program akan diupdate..
ASSALAMUALAIKUM..!!~~
RES-Q
hye, semua pelajar-pelajar apium, dan ex-ex student apium.. di sini ada sedikit pemberitahuan...huhu.. pada 17-19 November 2011 akan diadakan satu program yang diberi nama RES-Q atau nama penuh nya, rehlah syahsiah qiyadiah.. ha, nama bukan main lagi...huh
dengan membawa tema ' keutuhan rohani teras kepimpinan diredhai ' .. dan program ini dianjurkan oleh majlis perwakilan pelajar dengan kerjasama kelab fasilitator yang bertempat di wisma pengakap, Kem Kijang PCB , Kelantan... rasa nya tempat ini telah digunakan untuk program REST semester lalu..huhu..
pelbagai aktiviti yang akan dijalankan, antaranya, masterchef / khazinatul asrar / autumn in my heart dan banyak lagi.. pengisian yang dijalankan insyaAllah mantap-mantap belaka, dan menjurus kepada kepimpinan pelajar..
program ini, diwajibkan kepada semua peserta semester 2 (ambilan 2011/2012) APIUM Nilam Puri.. dengan bayaran rm 10.. dan, bayaran ini sangat berbaloi, insyaAllah..huhu..
so harap-harap nya program ini, akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..
sekian terima kasih..
ASSALAMUALAIKUM..!!~~
hari ini, adalah hari pertama kuliah bagi kemasukan semester baru, semester 2 (ambilan 2011/2012), semester 4 (ambilan 2010/2011), setelah bercuti selama sebulan..
seawal jam 8.30 pai]g tadi telah berlangsung pendaftaran kursus untuk semester yang baru ini, dan pengambilan jadual waktu bagi setiap majmuah..semua pelajar berpusu-pusu ke pejabat untuk mendaftar kan diri bagi semseter ini...
|
sekitar pagi tadi, di pejabat pentadbiran |
suasana pagi tadi, agak sibuk dan meriah, kerana semua pelajar kelihatan agak bersemangat untuk memulakan sesi kuliah pada kali ini..
|
masing-masing sibuk |
perlbagai ragam dan cerita dapat dilihat, melalui raut wajah mereka semasa mengisi borang dan ketika menerima jadual.. ada juga yang berpuas hati dengan jadual yang diberikan, dan ada juga yang agak kurang berpuas hati.. tapi tidak mengapa.. biasa la itu, adat belajar..
hari ini juga ada, sesi pembelajaran telah bermula seperti biasa.. dan masing-masing masih dalam mood debaran menuggu keputusan peperiksaan semester lepas, yang akan ditampal pada bila-bila masa sahaja..jadi semua orang agar dapat menanti dengan penuh kesabaran,
|
menulis dan terus menulis |
banyak kan berdoa, kita telah berusaha, sekarang kita serah dan bertawakkal kepada Allah SWT..
|
ketika di kaunter pejabat.. |
sekian.. wallahu'alam...
Kementerian Pengajian Tinggi menafikan khabar angin kononnya akan menutup Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Nilam Puri di Kota Baharu dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebaliknya kementerian itu dan pengurusan UM sedang mengkaji untuk memperkasakan akademi tersebut yang banyak berjasa kepada ilmuan Islam di negara ini selain merupakan institusi pengajian tinggi yang mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan.
Antara kajian itu ialah bagaimana untuk memperluaskan lagi fungsi akademi tersebut yang bukan sahaja menyediakan pelajar untuk pengajian Islam tetapi melahirkan pelajar yang boleh menguasai Bahasa Arab bagi menyambung pelajaran mereka ke Universiti Al Azhar, Mesir.
"Kita melihat apakah Nilam Puri boleh menyediakan kursus Bahasa Arab dengan kerjasama (Universiti) Al Azhar seperti yang disyaratkan Al Azhar yang hanya akan mengambil pelajar yang lulus Bahasa Arab," katanya selepas memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di Kota Baharu, hari ini.
Beliau berkata ketika ini ada pelajar yang masih tidak menguasai Bahasa Arab dan terpaksa mengambil kursus bahasa itu terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajian di universiti terbabit.
"Pelajar itu habiskan masa kira-kira dua tahun untuk menguasai bahasa itu sebelum mengikuti kuliah sebenar," katanya.
Sementara itu Saifuddin menasihati pelajar agar tidak meminggirkan ko-kurikulum semasa di sekolah menengah kerana ia penting sebagai syarat utama sebelum memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata walaupun pencapaian akademik mereka sangat tinggi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi jika markah ko-kurikulum mereka rendah, ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk memasuki IPTA.
"Kemasukan ke IPTA sekarang semakin kompetitif dan ia tidak cukup dengan keputusan akademik yang baik sahaja dan mesti seimbang dengan markah ko-kurikulum ini," katanya.
--Bernama
|
MALAM KIRANA |
Pada malam rabu yang lalu,( 13 april 2011 ) ,pelajar Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS) telah menjalankan satu "annual dinner" , bertujuan untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar APIDS dan semua pensyarah di APIUM.
Malam Annual Dinner ini dinamakan sebagai MALAM KIRANA APIDS dan
bertemakan GLOSSY NIGHT.
|
setibanya VVIP |
|
sebelum menunggu makan |
|
sekitar malam kirana |
antara makanan yang dijamu kepada semua tetamu adalah :-
1- ayam masak merah
2- sate ayam
3- buah tembikai
4- sayur dalca
5- dan lain-lain
|
sekitar malam kirana |
|
program tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri , Ustaz Muhyiden bin Abdul Rahman. program yang berlangsung bermula jam 9 malam itu berlangsung dengan jaya,dengan adanya beberapa persembahan daripada pelajar APIDS dan juga terdapat GIMIK yang tidak dijangka ang telah disusun atur oleh pelajar APIDS sendiri.
|
malam kirana |
|
malam kirana |
Semua pensyarah APIUM Nilam Puri telah dijemput untuk menjayakan program ini. dan program ini diadakan adalah kerana kesemua pelajar APIDS telah menamatkan sesi pembelajaran mereka di APIUM Nilam Puri selama setahun dan akan menyambung baki setahun lagi di peringkat asasi di UMKL kelak..
|
ucapan perasmian dr timbalan pengarah |
|
bunga kirana |
|
ucapan pengarah program |
Pada pertengahan disember 2010 yang lalu, pihak APIUM nilam puri telah mengadakan satu demonstrasi kebakaran yang melibatkan semua warga APIUM nilam puri termasuk staf-staf APIUM. Pada hari tersebut, pihak keselamatan APIUM yang diketuai oleh En. Sharif B. Pono telah menerangkan kepada semua tentang cara-cara mengelakkan diri dari berlaku sebarang kemalangan dan cara-cara menangani apabila ia berlaku. Sesi soal jawab juga turut diadakan pada hujung sesi penerangan, Dalam sesi penerangan tersebut turut diberitahu tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh warga APIUM apabila berlaku sebuah kemalangan yang serius seperti, kecuriaan,kebakaran bangunan, bunuh diri dan sebagainya.selain itu turut diberitahu tentang "pengosongan bangunan" jika terdapat sebarang kes kebakaran yang dahsyat.sejurus selepas penerangan ,demonstrasi memadam kebakaran telah diadakan untuk lebih menjelaskan pelajar dengan cara yang lebih praktikal,cara-cara yang tepat,dan pantas untuk memadam api,kebakaran. Beberapa pelajar telah diberi peluang untuk mencuba memadamkan kebakaran. Kesempatan ini tidak disia-siakan apabila semua pelajar berebut untuk mencuba memadamkan api kebakaran.
|
LOGO SILAT USTAZ HANAFI APIUM |
KELAB SILAT USTAZ HANAFI INI TELAH DIASASKAN OLEH ALMARHUM USTAZ HAJI HANAFI HAJI AHMAD DI KEDAH PADA TAHUN 1965..DAN KINI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI TELAH DIWARISI OLEH YM Tn SHEIKH HJ MD RADZI BIN USTAZ HANAFI AL QADHI IAITU ANAK KE EMPAT USTAZ HANAFI
|
AHLI SILAT USTAZ HANAFI APIUM DI DATARAN MERDEKA |
DAN KELAB INI DITUBUHKAN SAMA SEPERTI DUA KELAB YANG LAIN IAITU KELAB ORATOR DAN FASILITATOR..
ANTARA PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG SESI 2010/2011
ADALAH :
1-MENGIKUTI PENGUMPULAN TERBESAR AHLI-AHLI SILAT USTAZ HANAFI SELURUH MALAYSIA DI DATARAN MERDEKA ( DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS )
2- MENGADAKAN LATIHAN SILAT SETIAP HARI KHAMIS DAN JUMAAT PADA SETIAP MALAM PADA JAM 10 MALAM..
|
SEMASA DI DATARAN MERDEKA |
SEMOGA PROGRAM SEPERTI INI DAPAT MENGERATKAN UKHUWAH ANTARA AHLI SILAT ITU SENDIRI..
KELAB FASILITATOR
|
SEKITAR PROGRAM MAHABBAH |
Kelab fasilitator merupakan kelab yang membentuk organisasi yang mampu memberi 1001 satu makna kepada pelajar apium nilam puri dan sekali gus menjana ukhuwah yang utuh antara satu sama lain. Kelab ini ditubuhkan untuk melahirkan fasilitator
kelas pertama yang bermotivasi tinggi dan mampu membentuk kesatuan fikrah.selain itu mewujudkan individu yang aktif rohani dan jasmani sebagai persediaan menghadapi tribulasi yang mendatang disamping menyemai sifat kepimpinan yang bertepatan dengan syariat islam.
|
SEKITAR PROGRAM MAHABBAH | | | | | | |
|
SEKITAR PROGRAM MAHABBAH |
|
SEKITAR PROGRAM PEARL DI PERLIS |
|
SEKITAR PROGRAM PEARL DI PERLIS |
kelab ini ditubuh kan sama seperti kelab orator dan kelab silat ustaz hanafi...
dan pelbagai program-program menarik telah dijalankan sepanjang sesi 2010/2011
antaranya :
1. CINTA BERPAKSIKAN WAHYU
2. PEARL
3. MAHABBAH
4. TAMAR '11
5. SEMINAR PENULISAN BERSAMA HILAL ASYRAF
6.DLL
|
SEKITAR PROGRAM MAHABBAH |
|
SEKITAR PROGRAM MAHABBAH |
|
seminar penulisan |
Alhamdulilah ke semua program ini berjalan dengan baik,dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar APIUM.semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.